SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, August 26, 2010

AL-QUR'AN MUKJIZAT TERAGUNG (THE FINAL SYNTHESIS OF WISDOM)

Tanggal 17 Ramadan diwartakan sebagai cuti umum bagi kebanyakan negeri di Malaysia. Tujuan utama hari kelepasan am tersebut ialah bagi memberi kesempatan kepada umat Islam mengisi program yang berkaitan dengan sejarah penurunan al-Quran, serta fungsi al-Quran sebagai asas pegangan akidah, syariat dan akhlak umat Islam, di samping al-hadith. Al-Quran ialah kesinambungan kitab-kitab suci yang terdahulu, iaitu Taurat, Zabur dan Injil.
Antara naskhah tulisan tangan yang dipamerkan di Masjid al-Haram, Makkah

Al-Quran diturunkan kepada utusan Allah yang terakhir, iaitu Junjungan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Ayat pertama yang diterima oleh baginda ialah Iqra', yang bererti "bacalah". Ertinya, kekuatan pertama orang beriman ialah membaca dengan nama Tuhan yang menciptakan manusia melalui proses yang begitu teratur.
Walaupun teknologi digital membolehkan seluruh 30 juzuk al-Quran dimuatkan dalam cakera padat, i-pod, telefon bimbit dan gajet yang lain, naskhah al-Quran yang berbentuk fizikal tetap mendapat penghormatan tertinggi. Foto di atas menunjukkan kilang percetakan al-Quran terbesar di dunia yang berpandukan Resam Usmani. Jemaah haji dan umrah kebiasaannya akan diberi peluang mengunjungi premis cetakan al-Quran berhampiran kota Makkah itu.
Di Malaysia, kanak-kanak mula mengaji al-Quran menerusi Mukaddam, iaitu juzuk ke-30 yang mengandungi surah-surah lazim yang sering menjadi pilihan bacaan dalam solat. Kanak-kanak diajar cara bacaan yang betul, asas tajwid (lagu bacaan) dan hafazan. Setelah itu baharulah mereka mula membaca al-Quran 30 juzuk hingga khatam.
Di kampung-kampung, kanak-kanak yang tamat al-Quran diraikan dalam majlis khatam yang dihadiri tetamu dalam kawasan kejiranan (kariah), serta diikuti dengan jamuan pulut kuning. Kini, di sekolah terdapat program pengajian al-Quran dalam komponen J-Qaf. Kaedah-kaedah seperti Hattawiyyah dan Iqrak turut diperkenalkan bagi memudahkan proses bacaan dan hafazan.

Bagi umat Islam, al-Quran tidak berhenti setakat bacaan khatam 30 juzuk. Al-Quran ialah pedoman kehidupan seluruhnya. Tiada satu ayat pun yang boleh diingkari, kerana jika berlaku demikian, aqidah seseorang itu tergelincir, lalu batal imannya.

Al-Quran menjadi sumber motivasi umat. Kisah-kisah kesabaran para Nabi disebutkan sebagai rahsia kejayaan dan keunggulan manusia. Sesungguhnya,al-Quran ialah khazanah ilmu tertinggi yang sentiasa dipelajari hingga hari kiamat...

No comments: