SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, August 5, 2010

MURID JERMAN DI SMI (NEW "MICHAELIAN" FROM GERMANY)

Ipoh, Jumaat: 6 Ogos 2010  /  25 Syaaban 1431

Program pertukaran pelajar antarabangsa di bawah kendalian American Field Service memberi kesempatan kepada peserta yang terpilih untuk mendapat pengalaman pembelajaran dan silang budaya di negara asing. Walaupun perlu membiayai sendiri sebahagian besar perbelanjaan sara hidup, program itu terus mendapat permohonan yang sangat banyak dari serata ceruk rantau bumi. SMK St Michael, Ipoh (SMI) ialah antara sekolah yang menjadi pilihan peserta program pertukaran pelajar antarabangsa saban tahun.
Sejak hari Rabu yang lalu kelibat seorang murid mat saleh dari Jerman mula mendapat perhatian warga SMI. Secara kebetulan, murid berkenaan dimasukkan dalam kelas 4S5, iaitu kelas yang melibatkan penulis blog (mata pelajaran Bahasa Melayu). Pada peringkat awal, komunikasi berlaku dalam bahasa Inggeris.

Nama murid Jerman yang dimaksudkan ialah Tim Moller,  baharu menginjak usia 16 tahun. Berketinggian lebih daripada 1.9 meter, Moller meminati sukan bola sepak. Moller berasal dari pekan Hagen, Collogne. Mungkin selepas ini, PB akan bertanya pendapat Moller tentang si nujum oracle octopus bernama Paul...

Moller bukanlah pelajar asing pertama dalam kelas PB. Sebelum ini PB pernah menerima murid dari Australia dan Peranchis. Pada umumnya mereka sangat kagum dengan kepelbagaian masyarakat di Malaysia dan sikap mesra mereka. Kenangan sedemikianlah yang patut dibawa pulang ke negara asal masing-masing kelak.

No comments: