SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, August 27, 2010

PERANAN PERTUBUHAN DAKWAH DI MALAYSIA (TAWHIDIC WELTANSCHAUUNG ORGANISATIONS)

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru ke jalan Allah, dan  melakukan amal soleh, dan mengatakan bahawa aku ialah orang Islam" (maksud ayat al-Qur'an). Sebuah hadith yang sangat masyhur juga menyebut "ballighu anni walau ayah", sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. Petikan ayat dan hadith yang dinyatakan merupakan sebahagian dalil yang menuntut setiap umat Islam memegang tanggungjawab menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh umat manusia menurut kapasiti masing-masing.

Selain dakwah secara lisan, kaedah penyampaian menerusi tingkah laku dan kecemerlangan (da'wah bi'l-hal) juga diberi penekanan. Sama ada misi dakwah tercapai atau tidak bukanlah urusan manusia, justeru yang memberi petunjuk hidayah ialah Yang Maha Esa. Perkara yang dipentingkan ialah berlakunya proses dakwah menerusi kaedah yang paling bijaksana (hikmah).

Tuntutan dakwah secara berkumpulan (jemaah) ialah bagi menjana segala sumber kekuatan yang mungkin berbeza dalam kalangan individu pendakwah. Junjungan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menunjukkan contoh dengan membentuk gerakan dakwah yang mantap dalam kalangan sahabat bermula di rumah Arqam Ibni Abi Arqam di Bukit Safa. Baginda memilih waktu yang tepat bagi melaksanakan transformasi dakwah secara rahsia kepada dakwah secara terbuka terhadap masyarakat jahiliyyah yang begitu taksub dengan status quo mereka.

Di Malaysia, gerakan dakwah pascakemerdekaan berkembang pesat pada awal dekad 1970-an yang dipelopori oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Terkenal dengan tagline tidak memihak kepada mana-mana parti politik (non-partisan), Abim diterima baik justeru pendekatannya yang lebih menjurus kepada elemen intelektual dan kontemporari. Abim tidak menetapkan sebarang kod penampilan atau pakaian kepada anggota, asal sahaja mereka akur kepada semua kehendak syarak.

Sebuah lagi pertubuhan dakwah yang mirip gaya Abim ialah Jemaah Islah Malaysia (Jim) yang pada asalnya bermula dengan gerakan mahasiswa Malaysia di luar negara dalam kumpulan yang bergelar IRC. Ketika kepimpinan Abim semasa dikembalikan kepada belia berusia 35 tahun ke bawah, Jim masih diterajui oleh individu dewasa yang menyandang jawatan kanan di IPTA dan korporat. Walaupun dahulunya kedua-dua pertubuhan dilihat sebagai bersaing, kini terdapat persefahaman demi kebaikan dan keberkesanan dakwah di Malaysia.

Antara mantan pemimpin Abim yang masih menyandang jawatan politik dalam kerajaan ialah Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Dr Zambry Abdul Kader (Menteri Besar Perak). Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkhasi ialah bekas orang kuat Jim. Jawatan tertinggi yang pernah diduduki ialah Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim, 1993 - 1998, Abim).

Kedua-dua Abim dan Jim tidak mahu dibayangi oleh mantan pemimpin mereka yang menyertai politik kepartian. Mereka lebih berminat meneruskan misi dakwah berdasarkan perlembagaan pertubuhan masing-masing. Walaupun tidak menyertai politik kepartian, Abim dan Jim menjalin hubungan yang baik dengan semua parti politik tanpa mengira bendera.

Masyarakat juga mengenali aktiviti dakwah kumpulan  bergelar Jemaah Tabligh yang berpangkalan di India. Jemaah Tabligh merekrut anggota menerusi ta'lim, tasykil dan gasy. Mereka mampu menarik penyertaan golongan intelektual, korporat dan profesional sehingga berjaya menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang turut dihadiri pemimpin utama negara.

Sebelum diwartakan sebagai pertubuhan haram, pengaruh pertubuhan al-Arqam yang diterajui oleh Allahyarham Ashaari Mohamad, dikenali sebagai Abuya, putera Bani Tamim (dalam kalangan pengikut al-Arqam), boleh disifatkan sebagai hebat. Selain menggunakan medium penerbitan dan pementasan kesenian, al-Arqam berjaya membentuk rangkaian perniagaan global, yang kini dikenali sebagai Rufaqa' Corporation dan al-Ikhwan. Jika dahulu anggota al-Arqam dikenali menerusi jubah dan serban hijau, kini mereka bergerak dalam masyarakat secara biasa sebagai mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Dalam Negeri.

Sebenarnya banyak lagi pertubuhan dakwah dalam skala yang lebih kecil, tetapi belum mencapai tahap nasional. Kerajaan persekutuan turut menubuhkan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), di samping Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim). Usaha dakwah dalam kalangan Orang Asli dan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak turut mendapat perhatian serius pertubuhan-pertubuhan dakwah agar cahaya kebenaran dapat membimbing mereka ke arah kehidupan yang sejahtera dan diredai Allah...

6 comments:

Anonymous said...

terima kasih..artikel cikgu sentiasa menarik. Cikgu, izinkan sy menanya soalan2 tertentu? memandangkan cikgu adalah seorg yg berpengalaman, disni sy ada persoalan tentang EPW (Elaun Perumahan Wilayah), soalannya begini, sy adalah merupakan seorg guru yang mengajar di Sabah, bapa sy adalah sabahan, malah mak sy adalah org semenanjung, baru2 ni sy dah apply permohonan EPW (dari ITP tukar kpd EPW), dengan alasan sy dah membuat akuan sumpah (declare sebagai org semenanjung)di Majistret utk mengikut wilayah asal ibu sy pada TAHUN 2008 awal dah, surat akuan sumpah itu adalah bertahun 2008 dan dicopkan setem yg bertarikh 2008.

Persoalannya, adakah sy layak mendapat Tunggakan EPW yg dulu dari tahun 2008 (iaitu baki jumlah rm830 tolak ITP 250 yg selama 2 tahun 6 bulan)??? sebab start 2008 sy declare sebagai org semenanjung,tapi masa sekarg ni sy masih menikmati ITP Rm250 seperti org Sabahan keja di Sabah..

kepada guru2 lain, sila tolong sy menjawab persoalan ini, sama2 kita membantu guru baru seperti saya..ok.tima kasih

CIKGU AZHAR RODZI said...

Dalam sistem Emis, pertukaran status seperti kes yang cikgu sebutkan tidak boleh diproses (tiada dalam menu). Maknanya secara automatik tidak layak.

Mungkin cikgu boleh cuba secara manual dengan merujuk Unit Kewangan JPN Sabah. Kebiasaannya, mereka akan merujuk arahan perbendaharaan, atau peraturan kewangan KPM bagi memastikan terdapatnya "punca kuasa" jika hendak memproses permohonan cikgu...

Anonymous said...

Terima kasih, tetapi mengikut pekeliling dalam laman web, memang sy layak menikmati EPW sekiranya sy telah mngangkat sumpah utk memilih wilayah ibu sy even sy ber IC sabah. cuba cikgu membaca laman web ini;

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=474%3Aelaun-perumahan-wilayah&catid=146%3Afaq-elaun&Itemid=39&lang=ms

begitu juga, sy telah merujuk kepada akauntan Sabah, mereka berkata bahawa sy layak mendapat tunggakan mengikut tarikh declare sebagai org semenanjung ni itu mengikut tarih Surat sumpah ni

so apakah cikgu yg maksudkan tadi bahawa EMIS x akan memproses permohonan sy ni??? adakah sy kena buat permohonan melalui EMIS????

CIKGU AZHAR RODZI said...

kalau begitu, teruskan.

urusan kewangan perlukan "punca kuasa" dalam menjustifikasikan sebarang bayaran...

tentang emis boleh rujuk terus kepada guru data.

Anonymous said...

terima kasih, sy dah tanya guru data tentang emis, ya, Jabatan akaun menyuruh sy melalui kerani utk mghantar dokumen yg penting seperti surat declaretion,Ic ibu sy, surat pengesahan tarikh lapor diri...mereka akan memproses pembayaran tunggakan mengikut tarikh declare penukaran wilayah..

guru Data suruh sy memastikan buku rekod perkhimatan mesti mencatat penukaran wilayah mengikut tarikh declare..

tima kasih byk2 cikgu..

CIKGU AZHAR RODZI said...

tahniah cikgu

kes cikgu mungkin menjadi rujukan duluan (precedent) pada masa akan datang

memang menjadi prinsip saraan (emolumen) dan naik pangkat penjawat awam bahawa mereka (kita) tidak boleh dirugikan.

jika sudah tersurat sebagai rezeki, tidak akan ke mana-mana...