SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, August 29, 2010

SMI JANA JIWA MERDEKA (MICHAELIAN'S MERDEKA SPIRIT)

Ipoh, Isnin: 30 Oktober 2010 / 20 Ramadan 1431

Semangat cinta negara terus dipupuk dalam kalangan warga SMK St Michael, Ipoh (SMI). Menjelang tanggal 31 Ogos (esok), pertandingan menghias kelas berasaskan tema sambutan kemerdekaan ke-53 diadakan untuk kelas bukan peperiksaan. Walaupun tempoh yang  diperuntukkan begitu singkat, kreativiti dalam menzahirkan patriotisme masih menyerlah.
Kriteria utama penjurian ialah dari segi persembahan tema "1Malaysia Menjana Transformasi". Perkara lain yang turut diperhatikan ialah maklumat asas sambutan kemerdekaan dan hasil kerja berpasukan. Bagi segi pagi, sebanyak 17 buah kelas (9 kelas tingkatan 4; 8 kelas 6 Rendah) telah mengambil bahagian.
Antara kelas tingkatan 4 yang bersaing hebat ialah 4S1 dan 4S3 yang mendapat sokongan padu guru kelas masing-masing. Keputusan pemenang bagaimanapun akan diumumkan kemudian. Selain hadiah, mungkin terdapat insentif lain yang bakal dianugerahkan jika mendapat cadangan juri.
Idea menggunakan beras berwarna-warni bagi membentuk kolam (sebut: kolem) tidak pernah ditinggalkan saban tahun. Pelajar memaklumkan bahawa kos membeli beras berwarna (yang telah dicampur bahan kimia) itu ialah sekitar RM10. Walaupun terpaksa mengeluarkan wang tabung kelas, kepuasan menghasilkan kolam yang cantik merupakan pulangan yang berbaloi.
Kategori tingkatan 6 Rendah mungkin menyaksikan persaingan LA1 dengan LS5 yang menampilkan beberapa kelainan, termasuk menggantung kostum dam imej teriakan merdeka Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Walaupun demikian, keputusan masih belum dimuktamadkan. Tidak mustahil kejutan mungkin berlaku daripada kelas yang lain.
Sebelumnya pada sebelah pagi, bertempat di tapak perhimpunan telah berlangsung acara penutup sambutan kemerdekaan peringkat sekolah, sebelum akan disambung lagi dengan Hari Malaysia menjelang 16 September nanti. Semua murid, pelajar dan guru dibekalkan dengan bendera kecil bagi meraikan sambutan merdeka bersama-sama. Beberapa lagu patriotik turut dialunkan dengan iringan pasukan pancargam sekolah.
Sementara itu, akhbar arus perdana melaporkan bahawa begitu sukar untuk menemukan kenderaan penumpang persendirian di ibu kota memasang jalur gemilang pada kenderaan masing-masing. Keadaan yang serupa berlaku di Ipoh. Namun, penulis blog akhirnya bertemu sebuah kereta nasional yang berkebetulan dua nombor pendaftarannya berakhir dengan angka 57 telah berbuat demikian...

No comments: