SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, August 28, 2010

MENJAUHI PENJENAYAH (LIFE WITHOUT CRIME)

Mutakhir ini berita tentang murid sekolah dan pelajar institut pengajian tinggi menjadi mangsa jenayah makin menakutkan. Penjenayah menggunakan pelbagai modus operandi bagi memerangkap sasaran mereka. Kealpaan walaupun hanya beberapa detik akan digunakan oleh penjenayah bagi menzalimi mangsa.

           

                                                                                                   niat
                                                      ^             ^
                                                             ^                                 ^

                                     peluang      > >    <<      mangsa       

                                               Elemen Jenayah

Jenayah berlaku kerana wujudnya tiga elemen secara serentak, iaitu niat, mangsa, dan peluang. Niat merupakan perkara yang paling sukar dibaca. Orang kepercayaan yang disangka baik juga boleh merobah niatnya 360 darjah gara-gara hasutan nafsu, syaitan, atau penyakit hati yang lain. 

Mangsa bermaksud sasaran perbuatan jahat si penjenayah. Tiada sesiapa pun yang rela atau tahu bahawa dirinya berkemungkinan diperhatikan oleh penjenayah. Maka, prinsip jangan percayakan sesiapa (trust no one) mungkin ada kebenarannya. 

Persis helang menyambar mangsanya, atau harimau menerkam buruannya, penjenayah juga begitu. Keadaan atau suasana yang menyediakan peluang untuk mengenakan mangsa akan digunakan sepenuhnya. Penjenayah yang licik dapat mengenal pasti mangsa yang alpa, mengelamun, dan tidak bersedia.

Walaupun kita sangat menginginkan penjenayah tidak ada, hakikatnya penjenayah berada di mana-mana. Imej bertopeng, bertatu dan berwajah kejam sering dikaitkan dengan penjenayah. Namun, penjenayah yang melakukan penyamaran lebih bahaya.

Peragut muda mungkin menggunakan kapcai dan beg sandang, sedangkan peragut veteran berpakaian kemas, siap dengan tali leher dan beg mesyuarat. Perompak dan penyamun juga sudah berani memakai jilbab dan telekung untuk melakukan jenayah di dalam ruang solat masjid. Penjenayah juga memandu kereta mewah seperti BMW dan Harrier untuk mengelirukan mangsa dan polis.

Bagaimana hendak membaca niat orang yang berpotensi melakukan jenayah? Bagaimana hendak mengelak diri daripada menjadi mangsa jenayah? Bagaimana hendak menutup peluang si penjenayah?

Walaupun kajian tentang jenayah secara ilmiah makin berkembang, bilangan penjenayah tidak pernah berkurangan. Penjenayah bukan tidak tahu bahawa gerak geri mereka sentiasa diintip. Bahkan, lambat laun mereka bakal kecundang jua bak sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sementara penjenayah dapat diperangi sehingga ke lubang cacing, masyarakat hendaklah mengambil langkah keselamatan paling maksimum. Masyarakat hendaklah menghindari lokasi dan masa yang memberi peluang kepada penjenayah melaksanakan niat dengan menjadikan  mereka sebagai mangsa. Pihak kerajaan pula hendaklah mencari jalan terbaik bagi menyediakan persekitaran ekonomi, kebajikan dan sosial yang bakal mengurangkan kecenderungan jenayah...

No comments: