SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, August 6, 2010

ULANG KAJI EKONOMI PERCUBAAN STPM (ELEVENTH HOURS REVISION FOR ECONOMICS STUDENT)

Kelaziman bergantung kepada memori masih kuat dalam kalangan pelajar semua peringkat. Buktinya, dalam laporan analisis STPM Ekonomi (2008), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyebut bahawa kebanyakan calon dapat mengemukakan konsep dan teori bagi tugasan direct questions, namun bermasalah untuk soalan yang berbentuk kes. Sedangkan, Richard G. Lipsey dalam bukunya, Introduction to Positive Economics menyebut bahawa memorization is the royal road to disaster, menghafaz ialan jalan agung ke arah mala petaka!

Ekonomi ialah mata pelajaran yang perlu dipelajari secara pakej. Maksudnya, sejak mula bab pengenalan lagi telah ditegaskan tentang sebab ilmu ekonomi dipelajari dan peranan setiap pelaku (isi rumah, firma, kerajaan, sektor negara asing) secara timbal balik diperincikan dalam model aliran pusingan pendapatan. Isu kebajikan isi rumah (sebagai pengguna rasional) dan pengeluar (sebagai pengeluar rasional) sentiasa mendapat perhatian kerajaan.

Kajian mikroekonomi tertumpu kepada individu isi rumah, firma, serta serba sedikit kawalan kerajaan. Kajian makroekonomi pula menekankan agregat, iaitu ekonomi sesebuah negara dan antarabangsa. Namun, isu-isu keseimbangan, pencapaian matlamat pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi, tanpa pengangguran (pembaziran faktor), agihan pendapatan yang adil, serta imbangan bayaran yang positif tetap dibincangkan walaupun sudutnya mungkin berbeza.

Jika pelajar ekonomi prauniversiti memiliki kepekaan yang tinggi, mereka akan mendapati bahawa setiap bab yang dipelajari tidak pernah lari daripada membincangkan pencapaian keseimbangan. Namun barang diingat bahawa tingkat keseimbangan tidak semestinya sama dengan tingkat optimum, iaitu kecekapan. Hakikatnya, hanya firma persaingan sempurna yang mendapat untung normal dalam jangka panjang sahaja yang memenuhi syarat keluaran seimbang sama dengan keluaran optimum, iaitu beroperasi pada kapasiti penuh (tiada pembaziran).

Kawalan kerajaan terhadap firma monopoli ialah bagi menjaga kebajikan pengguna dan juga firma monopoli sendiri. Dasar pulangan adil (AR = AC, bukan MR = MC), dan dasar optimum sosial (P = MC) turut memerlukan penelitian sama ada subsidi perlu diberikan oleh pihak kerajaan supaya kebajikan pengguna dan juga kebajikan firma monopoli dapat dijamin. Pengguna mahukan kepuasan (utiliti maksimum), manakala firma monopoli mahukan untung maksimum.

Dalam membincangkan tajuk makroekonomi seperti keseimbangan pendapatan negara, isu  inflasi dan pengangguran mesti selalu diambil kira. Inflasi ialah keadaan apabila berlaku  tekanan AE (AE > AS). Maka, langkah menurunkan AE mesti diberi perhatian. Dalam kata lain, pegangan kecairan (wang tunai) dalam kalangan pengguna mesti dikurangkan supaya kuasa beli mereka tidak menyebabkan harga umum naik secara berterusan dan tidak terbatas.

Dasar fiskal boleh diringkaskan kepada TG (town guy; T = cukai, G = perbelanjaan kerajaan). Semasa inflasi, naikkan T supaya pendapatan boleh guna (Yd) turun. Pilihan lain ialah turunkan G supaya bilangan projek yang menambahkan pendapatan pengguna dapat diturunkan. Langkah juga boleh dilaksanakan secara serentak.

Dasar kewangan pula boleh diringkaskan sebagai Mr (M = bekalan / penawaran wang; r = kadar bunga). Langkah kuantitif yang membabitkan nisbah rizab, operasi pasaran terbuka dan funding mesti menjurus ke arah penurunan M jika berlaku inflasi. Demikian juga langkah kualititatif seperti pujukan moral bertujuan meredakan tekanan inflasi.

Kedua-dua dasar (kewangan, fiskal) boleh dilaksanakan secara berasingan atau secara serentak. Isu pokoknya ialah mengubah-ngubah Mr  TG supaya pegangan tunai orang ramai  dapat dikurangkan. Dalam kes deflasi (ekonomi meleset, kadar pengangguran tinggi), hanya terbalikkan hujah pelaksanaan dasar kes inflasi.

Sebagai panduan sepintas lalu, liputan mata pelajaran ekonomi prauniversiti STPM dapat diringkaskan dalam modul di bawah:


SMK ST MICHAEL, IPOH: EKONOMI  LA1, BIDANG PEMBELAJARAN EKONOMI STPM                                                30062010

Pengenalan
definisi:  sumber ↔ kehendak
klasifikasi barang pengguna (percuma, ekonomi, awam)
klasifikasi barang pengeluar (modal, perantaraan, akhir)
masalah ekonomi (kekurangan,pilihan, kos lepas)
masalah asas ekonomi (apa dan berapa, bagaimana, untuk siapa)
keluk kemungkinan pengeluaran (malar, meningkat, ∆ kkp ~ teknologi, pertumbuhan)
sistem ekonomi : kapitalis, sosialis, campuran, Islam
aliran pusingan pendapatan (pelaku, aliran fizikal, aliran wang ~ sistem bebas, campuran)
kaedah analisis (deskriptif, kuantitatif) / kemahiran generik pembelajaran

MIKRO
( Kajian Pelaku Individu )
MAKRO
( Kajian Pelaku Agregat )


apa dan berapa banyak hendak dikeluarkan
(penggunaan)

Permintaan: hukum, persamaan matematik, jadual, keluk (ind/pasaran),
penentu, beza ∆Qd / ∆Dx
Penawaran: hukum, p’samaan, jadual, keluk (ind/pasaran), penentu, ∆Qs / ∆Sx
Keseimbangan pasaran: penentuan, ∆, persamaan serentak
Keanjalan DDdef, rumus, darjah,
klasifikasi barang ~ Edp, EdY, Edc
Keanjalan SS:  def, rumus, darjah, penentu
Keseimbangan pengguna: kes satu barang, dua barang ~ ∆P, ∆Y, terbitan keluk DD ind, lebihan p’guna
t

e

r

t

u

t

u

p

C
(satu sektor)

Pemboleh ubah , matlamat, dasar
Perakaunan pendapatan negara
KDNK, KNK, KNB, semasa, nominal
Yd, Ypc,kaedah hitung, kes M’sia, masalah, kelemahan, kegunaan
Fungsi Penggunaan, AE = C + S; C auto
APS, MPS, MPC, APC; penentu C,S

I
(dua sektor)

Fungsi I, autonomi, teraruh
penentu (Y, r, MEI, tekno, ..,n)
Keseimbangan cara AE, cara J-W
Persamaan matematik
Pengganda: def, sebab ∆AE, kes
kesan t’hadap C, S, Y

bagaimana hendak dikeluarkan
(pengeluaran)

Konsep: firma, industri, jpd, jpj
Fungsi pg satu input b’∆: TP, AP, MP
Kos jpd (FC, VC, TC, MC),kos  jpj
Eko, disekonomi bidangan
(dalaman, luaran)
Konsep pasaran: TR, AR, MR, PS, PTS
PS: def, ciri, keseimbangan jpd, jpj;
SS firma, industri; penyesuaian; pro-kon
Monopoli: def, ciri, sekatan, keseimbangan, diskriminasi P, monopoli k’jaan, bandingan PS
PM: def, ciri, keseimbangan jpd, jpj
p’saingan bukan harga, pro-kon
Oligopoli: def, ciri, contoh, banding
G
(tiga sektor)
Aliran G, T; sumber, kesan J W
jenis cukai (CL, CTL)
bentuk cukai (prog, prop, reg)
Fungsi T: analisis Yd, C, S; Fungsi G
Keseimbangan cara AE, cara J-W
P’bandingan Ye, Yf, Yo, kes ∆AE
Kesan p’ganda G, kesan T
Xn
(empat sektor, terbuka)
Fungsi X, M
Mo, APM, MPM
Keseimbangan cara AE, cara J-W
kes ∆AE, kesan Xn
Analisis AD – AS
Teori Wang: fungsi, M1, M2, institusi, ciptaan kredit, analisis klasik, keynes
Isu makro: Jurang KNK, lompang inflasi, deflasi, pengangguran, inflasi, stagflasi
Dasar fiskal (auto, budi bicara) ~ alat
Belanjawan Negara: konsep, isu, hutang
Dasar Kewangan (kuanti, kualitatif)
Dasar sebelah permintaan, penawaran
Perdagangan Antarbangsa: AA, CA, isu, TT, perlindungan
Kewangan AB: imbangan, forex, isu, dasar
Globalisasi: def, faktor, kesan, institusi
Pertumbuhan: def, KKP, banding negara,
isu, dasar

untuk siapa dikeluarkan
(pertukaran / agihan)

DD / SS faktor ~ MRP (PS sahaja)
penentu keanjalan faktor
Upah: def, nominal, benar, penentu, keluk, kesatuan sekerja
Sewa (eko, pindahan, kuasi)
Bunga: nominal, benar, klasik, keynes
Untung tulen/p’akaunan; sumber, peranan
Peranan kerajaan:
kegagalan pasaran bebas
dasar: undang², T, subsidi, milikan

©  Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

No comments: