SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, August 25, 2010

JALUR GEMILANG DI SMI (MICHAELIAN'S MERDEKA CELEBRATION)

Walaupun sentiasa dipenuhi aktiviti rutin pembelajaran yang padat, warga SMK St Michael, Ipoh (SMI) tidak mahu ketinggalan memeriahkan perayaan ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-53. Tidak kira skala kecil, sederhana, atau besar, suasana sambutan mesti dipamerkan secara zahir sebagai lambang patriotisme sejati. Kibaran jalur gemilang di segenap penjuru kawasan sekolah ialah antara bukti tuntas yang menunjukkan betapa warga SMI menumpahkan cinta yang tidah berbelah bahagi kepada tanah air ini.
Bermula dari pintu masuk utama perkarangan sekolah, iaitu laluan kenderaan dan pejalan kaki, jalur gemilang sudah berkibar megah. Alangkah baiknya jika kedua-dua belah jalur gemilang dapat dilihat secara asal, bukan balikan. Mungkin perkara berkenaan boleh difikirkan semula.
Jalur gemilang juga berbaris megah di sepanjang laluan menuju bilik darjah dan tapak perhimpunan. Lambang negara ini perlu dibariskan sedemikian rupa agar imej jalur gemilang kekal terpahat dalam minda generasi muda. Kelak setiap kali menjelang sambutan merdeka, bekas warga SMI pasti terkenang barisan bendera kebangsaan semasa di SMI.
Dengan bantuan tiupan angin di kawasan lapang, jalur gemilang berkibar dengan bergaya. Kibaran beralun jalur gemilang sungguh mempersonakan mata yang memandang. Persis suatu gerakan berseni yang begitu teratur.
Jalur gemilang mula dipasang sejak hari Selasa yang lalu di bawah penyeliaan Penolong Kanan, Tuan Haji Tauhid Ahmad. Beliau menganggap belanja yang dikeluarkan sebagai suatu pelaburan jangka panjang bagi memupuk jati diri golongan pelajar remaja.Generasi muda mesti berbangga dengan pencapaian negara, contohnya telah disenaraikan sebagai negara ke-37 terbaik dunia dari segi persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang aman, selamat dan tenteram.
Acara kemuncak sambutan kemerdekaan SMI akan diadakan pada hari Isnin, sehari sebelum tanggal 31 Ogos. Semua kelas, kecuali kelas peperiksaan bakal mengambil bahagian dalam pertandingan menghias kelas dengan tema hari merdeka. Budak SMI memang kreatif dalam bab-bab menghias demikian seperti yang dipamerkan pada tahun-tahun yang lepas...

2 comments:

maxcma said...

Salam cikgu, kenal lagi tak saye? Cikgu pernah jadi guru kelas 5EM kat SMT Pers. Brash Ipoh.. Cikgu kat SMI ek skang ni.. ok selamat maju jaya.. Jemput singgah blog saya, http://www.eimiza.net

CIKGU AZHAR RODZI said...

dah jadi orang muda, susah nak cam...
kirim salam pada rakan 5EM lain jika masih berhubung.

jika buat reunion jangan lupa jemput cikgu...