AZFA HANANI HADAPI KERENAH LAILI (CHAPTER 7 OF FORM FOUR’S NOVEL)
Terdapat 4 peristiwa penting yang boleh dibincangkan dalam bab ke-7 novel Azfa Hanani. Secara keseluruhannya, bab ini akan membaca pembaca mengenali watak antagonis, iaitu Laili dan watak Ekran, pengerusi persatuan tingkatan lima, merangkap penjual burger. Nampaknya tiada watak baharu ditampilkan.
Peristiwa 1
Azfa Hanani mengutus surat sepanjang kepada Pak Long dan Mak Long yang buta huruf di kampung. Di samping bertanya khabar, Hanani turut menyertakan RM300 “upah penyamaran” daripada Datuk Tengku Muzafar tempoh hari.
Perwatakan
mengenang budi
Latar Masyarakat
masyarakat yang mengenang budi
Nilai
berbudi bahasa
Persoalan
budi bahasa dalam keluarga
Pengajaran
kita hendaklah berbudi bahasa terhadap insan yang berjasa
Peristiwa 2
Azfa Hanani akhirnya terpaksa menerima pemberian RM 100 Tengku Mazran bagi mengelakkan tanggapan negatif Datin Maziah yang tiba-tiba muncul. Wang itu kemudiannya digunakan bagi membeli buku sebagai ganti buku-buku Index Publications yang diambilnya daripada perpustakaan SM Seri Dian.
Perwatakan
Latar Masyarakat *
Nilai *
kejujuran / bertanggungjawab
Persoalan *
Pengajaran *
* isi petak kosong sebagai latihan
Peristiwa 3
Azfa Hanani "mengambil alih" tugas Tengku Murni sebagai setiausaha persatuan tingkatan 5 yang diterajui oleh Ekran. Cabaran utama yang bakal dihadapi ialah protes Laili terhadap projek Malam Sumbangsih yang didakwanya tidak adil.
Perwatakan
Latar Masyarakat
Nilai
Persoalan
berhati-hati dalam menangani cabaran
Pengajaran
Peristiwa 4
Azfa Hanani membuat keputusan menaiki bas mini sahaja ke Plaza Cahaya, lokasi Institut Lingua Franca yang menjadi tempat dia belajar bahasa Inggeris dan bahasa Peranchis. Secara tidak diduga, dia terserempak dengan Ekran, yang sedang mengendalikan gerai burger.
Perwatakan
Latar Masyarakat
Nilai
Persoalan
Pengajaran
kita hendaklah berdikari dalam menempuh kehidupan
Soalan KBKK
Watak utama sesebuah novel digambarkan sering berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama.
[ 7 markah ]
Panduan menulis jawapan
Nyatakan terlebih dahulu cabaran yang dihadapi, misalnya:
- Cabaran berjauhan daripada keluarga
(penjelasan / huraian: gunakan peristiwa 1);
- Cabaran untuk berlaku jujur dalam tindakan
(penjelasan / huraian: gunakan peristiwa 2);
- Cabaran sebagai pemimpin persatuan / Cabaran menghadapi pihak yang membantah sesuatu
(penjelasan / huraian: gunakan peristiwa 3);
- Cabaran untuk hidup berdikari (penjelasan / huraian: gunakan peristiwa 4)
Catatan: peristiwa-peristiwa daripada bab yang lain juga boleh digunakan...
(gunakan ayat-ayat lengkap sahaja, satu isi satu perenggan; tidak perlu berpanjang lebar)
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEKALIAN RAKAN "FOLLOWERS" DAN PENGUNJUNG BLOG YANG SUDI SINGGAH...
* BLOG INI TELAH MEMASUKI TAHUN KELIMA*
Pengunjung ke 100,000 pada 10 Mei 2011;
ke-200,000 pada 14 Januari 2012
ke-500,000 pada 10.10.12 (sekitar 6 petang = 1.29 juta paparan)
pageviews ke-200,000 pada 6.6.11;
400,000 pada 9.1.12
500,000 pada 30.1.12 (11.40 pagi)
(tajuk paparan: sinopsis anak penggunting rambut
lokasi akses: puchong, selangor)
1,000,000menjelang tengah malam 27.6.2012
1,500,000 tengah hari Ahad, 6.1.2013
3,000,000 tengah hari Selasa, 11.3.2014
negara ke-100 pada hari Jumaat, 13.7.2012
MUDAH-MUDAHAN KITA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, SERTA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK, INSYA-ALLAH...
SEMENTARA ADA KESEMPATAN, BERBAKTILAH KEPADA SESAMA INSAN...
Simpati kepada mangsa kezaliman di seantero dunia: doakan kesejahteraan mereka; juga kepada mangsa bedilan tentera haram Yahudi di Genting Gaza. Planet bumi yang kita huni bagaikan sebutir pasir di gurun saujana mata memandang dalam sistem cakera wala bima sakti. Kita hanyalah insan kerdil yang tidak berdaya di Sisi-Nya...Þ
Pengunjung blog yang dihormati. Maklum balas menerusi reaksi dalam ruang kotak di bahagian akhir setiap 'posting' amatlah dihargai.Sebarang catatan dalam bahagian comment juga amat dialu-alukan sebagai penanda aras penambahbaikan .
(use Google for translation this blog - written in Malay Language - in any language)
Bulan Jamadil Awwal 1435 Hijrah sudah di penghujung, menandakan bulan Rabiul Akhir segera menjelma (1 Muharam 1431 = 18 Disember 2009). Tahun Masihi 2014 bergerak dengan pantas. Marilah kita meneruskan momentum kecemerlangan. Mudah-mudahan panjang umur murah rezeki, kita senantiasa berkesempatan melakukan kebaikan dan memperoleh keberkatan. Insya-Allah...
PELAWAAN REKA BENTUK KULIT MAJALAH SEKOLAH 2011 (COVER DESIGN FOR SCHOOL MEGAZINE)
Jawatankuasa Panel Penasihat MajalahThe Michaelianedisi ke-63 (tahun 2011) pada hari Selasa, 26 April yang lalu telah membuat keputusan bahawa reka bentuk kulit hadapan majalah dibuka kepadasemuawarga SMK St. Michael, Ipoh (SMI) sama ada murid, bekas pelajar, guru, kakitangan dan semua pihak yang berkepentingan dengan SMI.
Syarat Penyertaan:
1 Boleh menghantar seberapa banyak pernyertaan
2 Lakaran bebas atau janaan komputer diterima
3 Sebaik-baiknya versipotraitdanlandscapedihantar sekali gus
4 Butiran perkataan yang wajib dimasukkan:
a) The Michaelian (nama majalah)
b) Cherishing Our Past, Embracing The Future (tema sekolah)
c) Towards 100 Years of Education Excellence(1912-2012)
5 Lencana SMI dan nama sekolah akan diuruskan oleh Jawatankuasa
6 Reka bentuk hendaklah berwarna-warni, mengikut kreativiti, serta berkaitan denganpre-Centennial Celebration
7 Tarikh tutup penyertaan ialah8.8.2011
8 Cara menghantar penyertaan:
a) Secara pos kepada: Setiausaha, Jawatankuasa Majalah Sekolah, SMK St. Michael, 30000 Ipoh
b) Serahan tangan di pejabat sekolah, atau terus kepada mana-mana AJK Majalah
c) e-mel: jika disenaraipendekkan, salinan asal hendaklah diserahkan
Latar belakang akademik:
Masters in Education (Distinction)
(Planning & Administration) UM;
Sarjanamuda Ekonomi UKM;
Diploma of Education UIAM;
********************************************
Tempat bertugas semasa:
SMK St Michael, Ipoh********
Mata pelajaran:
Ekonomi UA3;
Bahasa Melayu UA1 / UA2 @@@@ tugas lain: setiausaha penyelidikan pengajian tingkatan 6; penolong setiausaha panel penasihat majalah; guru tingkatan UA3; pegawai perhubungan sekolah, ajk takwim
##########################################
Pengalaman:
1 Ketua Sidang Pengarang Buku Panduan
Kadet Bomba
2 Jurnal Pendidikan Universiti Malaya
(laporan penyelidikan permuafakatan
guru)
3 Artikel: Utusan Malaysia, Berita
Harian, Watan; majalah terpilih
4 Pembentangan kertas kerja:
UiTM (Seminar Kesetiausahaan);
UKM (Muzakarah Sekolah Rakyat);
UM (Seminar Siswazah);
USM (Seminar Prosiding Pendidikan)
No comments:
Post a Comment