SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, September 12, 2010

MEMBACA YANG TERSIRAT (PERCEPTION DISTORTION)

Kita mungkin melihat perkara yang sama, tetapi sudutnya berbeza...
Sama ada anda murid sekolah, guru, suri rumah, atau pelbagai kategori lain, tajuk yang boleh dicadangkan untuk foto di atas hampir pasti bermacam-macam:

A   seekor ayam jantan di hadapan sebuah rumah

B   dekoder Astro di sebuah rumah kampung

C   dua buah basikal yang sedia untuk dibasuh

D   papan tanda "Kanak-kanak.." yang terselindung

E   dedaun hijau yang merimbun
Sekarang, perhatikan foto di atas. Satu pemandangan biasa di kawasan pantai yang berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Bot yang terdampar, dekoder Astro, jalur gemilang, pohon rhu dan tangki air dibungkam sepi...
Sebuah sketsa alam yang mendamaikan jiwa. Dari kejauhan terlihat sekumpulan manusia sedang menunggu sesuatu. Pandangan mata masing-masing terpukau ke satu arah, seakan-akan tidak peduli tentang panorama keindahan semesta yang terbentang luas...
Gerangan apa yang dikerumuni? Emas permatakah, harta karunkah, mutiarakah, atau kah-kah yang lain? Nampak gayanya kita perlu mara lebih dekat...
Ohhh... sudah selamat rupanya barang yang ditunggui. Anda kurang jelas? Baiklah, kita undur ke belakang semula...
Sebentar tadi, ada bot yang berlabuh berdekatan pantai. Dua orang nelayan kelihatan bersiap siaga mengangkat sebuah bakul yang dipercayai dipenuhi hasil tangkapan laut. Kira-kira 30 orang "prospek" pembeli sudah menunggu, barangkali termasuk peraih ikan di pasar basah...
Sekarang bakul sudah selamat didaratkan. Tiada sesiapun yang tampil menyerbu, melainkan bersahaja dan tenang tidak berganjak dari tempat berdiri masing-masing. Kaum hawa dan si cilik turut serta...
Catatan ini sekadar andaian dan persepsi yang belum dapat dimuktamadkan. Dianggarkan 80 peratus daripada kesimpulan yang dibuat oleh seseorang adalah bersumberkan andaian dan persepsi yang sedemikian. Maka, seseorang yang memiliki ketajaman andaian dan persepsi akan lebih jitu dari segi proses menangkap mesej yang tersirat di sebalik sesuatu perkara yang zahir...

No comments: