SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, September 11, 2010

KEGIATAN KOKURIKULUM BERTARAF DUNIA (WORLD CLASS CO-CURRICULAR ACTIVITIES IN SCHOOL)








Kokurikulum adalah ’kegiatan kumpulan’ (Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 (Tambahan No. 2) bertarikh 28hb Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956). Kegiatan kokurikulum’ ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah (Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998. Kamus Dewan (Edisi Ketiga,2002:m.s. 692) pula mentakrifkan kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah, tetapi dianggap sebagai sebahagian kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan, dan lain-lain).

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah (Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka 1992; m.s. 11). Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak formal (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka 1984, m.s. 269.











Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan 
merangkumi 
penyertaan dalam sukan dan permainan; 
penyertaan dalam persatuan dan kelab;
 penyertaan dalam badan beruniform; dan
 penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan 
oleh Menteri (
Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan 
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97). Maka, k
egiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi 
kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori 
mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang 
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum 
Kebangsaan) 1997;
 hobi dan rekreasi; 
sukan dan permainan;
badan beruniform; atau
 apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar (
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan 
Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jil. 42/No. 11 
(Tambahan No. 41), Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb. Mei 
1998).



















Sebagai pelengkap aktiviti kurikulum di bilik-bilik darjah, kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan mestilah menepati matlamat pendidikan bertaraf dunia sebagaimana yang digariskan dalam dokumen-dokumen dasar pendidikan negara, termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010), serta selari dengan pelan transformasi kerajaan yang mensasarkan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Malah, kegiatan kokurikulum juga dimasukkan sebagai elemen penting bidang keberhasilan utama negara (NKRA), Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan itu, sekolah-sekolah tidak mempunyai pilihan selain memperkasakan kegiatan kokurikulum bagi melahirkan insan yang berfikiran terbuka dan berdaya saing sebagai persediaan menjadi negara maju tidak berapa lama lagi.


Antara model kegiatan kokurikulum bertaraf dunia yang boleh dicontohi ialah dari Universiti Truman, Amerika Syarikat. Empat kata kunci yang menjadi teras model mereka ialah:


1 pathfinding: visi peribadi yang disejajarkan dengan hala tuju organisasi / pihak berkepentingan); 


2   aligning: mencipta proses / sistem / struktur ke arah pencapaian;


3   empowering:  menyalurkan bakat, tenaga dan sumbangan kepada orang lain; dan


4   modeling:  memupuk sifat amanah, iaitu tindakan yang dibimbing oleh sesuatu prinsip.


Dalam konteks pelaksanaan di sekolah, komponen berfikiran terbuka seharusnya berorientasikan perubahan, bertolak ansur terhadap perbezaan, dan berasaskan ilmu pengetahuan yang sah. Komponen berdaya saing pula wajar berfokus kepada prinsip kecekapan, dan kepimpinan yang berteraskan perkhidmatan. Maknanya, setiap kegiatan kokurikulum yang dirancang mestilah melepasi audit kedua-dua komponen yang dikehendaki.


Sebagai contoh, sebuah persatuan mungkin sekali menyediakan takwim aktiviti yang merangkumi:


1   mesyuarat agung tahunan;


2   pemukiman (retreat) organisasi;


3   kursus pengurusan projek;


4   perkhidmatan komuniti;


5   kajian kes / kerja lapangan;


6   rekod dan dokumentasi;


7   folio berkumpulan;


8   bual bicara bersama tokoh;


9   pertandingan penulisan;


10  kem pemantapan mata pelajaran.


Setiap kegiatan yang tersenarai telas melepasi audit komponen berfikiran terbuka dan komponen berdaya saing sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini. Analisis boleh ditunjukkan menerusi jadual di bawah:



Komponen Berfikiran Terbuka: Berorientasi Perubahan

Kegiatan

Kekerapan
Kaedah
Pencapaian
Nilai
1  Mesyuarat Agung Tahunan
sekali
demokrasi
penglibatan
kerjasama






























No comments: