Raja ACT melakukan bedilan dengan meriam Gerak Gempa, lalu dibalas dengan meriam Sapu Rantau. Cincin Puteri GG tercampak ke laut, manakala tengkolok Raja ACT juga jatuh ke dalam laut. Sebelum sempat Raja ACT melancarkan peluru sakti, Puteri GG menjelmakan dirinya yang sebenar. Raja ACT terkejut, lalu berselubung kerana malu. Puteri GG pun berpantun bagi menunjukkan rajuk, kemudian disambut oleh pantun Raja ACT untuk memujuk. Setelah itu, mereka berbalas-balas hadiah menerusi isyarat sakti. Puteri GG memberi 12 duit, dibalas dengan sebiji kapas. Puteri GG memohon diri untuk pulang ke Tiku Benua. Puteri GG selamat tiba di istana setelah belayar selama tiga hari tiga malam. Puteri menceritakan segala peristiwa kepada ayahanda bonda dengan rasa gembira.
Perbincangan Komsas
Tema: Gurauan yang boleh membawa padah / cabaran alam pertunangan
Perwatakan: Suka bergurau, manja, lembut hati (Puteri GG); cepat marah, tergesa-gesa (Raja ACT),
cepat melatah (Bujang Selamat)
Nilai: Kasih sayang, tolak ansur
Persoalan: Kasih sayang dalam tempoh bertunang, tolak ansur sesama tunang
Pengajaran: Kita hendaklah berkasih sayang sesama manusia
: Kita hendaklah bertolak ansur dalam sesuatu urusan
: Kita janganlah bertindak tergesa-gesa tanpa usul periksa
: Kita janganlah cepat melatah dengan cakap-cakap orang (provokasi)
No comments:
Post a Comment