Terdengar juga suara nakal lebih kurang bunyinya "bosan betul kena buat penyelidikan!" Isyarat seperti itu menunjukkan pembentang taklimat tidak boleh skema dengan bahan taklimat. Sebaliknya, pembentang dengan serta-merta mencari jalan supaya penyataan berterus terang tetapi menggugat itu tidak mempengaruhi khalayak yang lain.
Dalam pada itu, ada pelajar di satu sudut pula terjatuh alat tulis. Maka, pembentang cepat-cepat memanipulasi peristiwa itu supaya auditorium gamat semula dengan versi lucu yang diada-adakan oleh pembentang. Keserasian atau kawtim dalam urusan dengan remaja bukannya senang!
Kesediaan memberi tumpuan kepada sesuatu sesi taklimat atau ucapan mesti diambil berat supaya pembentang tidak syok sendiri. Penerimaan khalayak hanya diukur menerusi maklum balas lisan atau bukan lisan, seperti bahasa tubuh badan. Kadang-kadang khalayak kelihatan khusyuk, tetapi hakikatnya sedang melayan perasaan.
Namun, seseorang pembentang taklimat atau penceramah tidak perlu berasa hampa. Objektif majlis hendaklah bersifat sederhana, tidak boleh keterlaluan seperti mahu mencapai bintang di angkasa raya. Pembentang harus bersangka baik bahawa walaupun hanya 20 peratus input sahaja yang berjaya diterima oleh khalayak, mereka akan melaksanakan susulan apabila ada keperluan kelak.
Pembelajaran ialah suatu proses. Aras pencapaian pembelajaran antara individu tentulah tidak sama. Bahkan, hampir semua perkara memiliki perbezaan walaupun kita ingin sekali supaya sama.
Kepada pelajar LSS1, LSS2, LSS3, LSS4 SMI diucapkan syabas dan tahniah. Pendedahan penyelidikan yang kalian terima akan meningkatkan daya saing pembelajaran. Nama dan reputasi SMI akan terus cemerlang di tangan penyelidik muda yang baru muncul bermula tengah hari tadi...
No comments:
Post a Comment