Thursday, June 9, 2011
PERSEDIAAN EKONOMI STPM (ESSAY PLAN IN THE EXAM SETTING)
KERTAS CADANGAN PROGRAM ESEI MARKAH PENUH EKONOMI STPM
Pendahuluan
Berdasarkan pencapaian terkini kelompok pelajar sederhana dan harapan lulus (halus), didapati bahawa persediaan yang mereka lakukan selama ini masih di tahap ala kadar. Pemerhatian semasa proses pembelajaran di dalam bilik darjah juga menunjukkan bahawa kelompok pelajar yang dimaksudkan masih terbawa-bawa dengan cara belajar semasa mereka di tahap menengah atas (SPM). Sikap sentimental, iaitu pengaruh kecenderungan peribadi dan rakan sebaya masih begitu mencengkam sehingga saranan untuk melakukan perubahan gaya pembelajaran tidak begitu diberi perhatian yang serius.
2 Rasional
Penulisan esei pendek dan esei panjang kedua-dua kertas mikro dan makro oleh pelajar menampakkan masalah yang hampir sama, iaitu
2.1 kurang cekap dalam mengenal pasti tugasan soalan
2.2 tidak menguasai andaian, konsep, teori dan laras ayat ekonomi
2.3 tidak peka akan keperluan menggunakan carta, gambar rajah, jadual, keluk, model dan rumus
2.4 memberi tumpuan kepada beberapa soalan (yang sudah diramalkan) sahaja
2.5 tidak menulis dalam format esei yang dikehendaki
3 Matlamat
3.0 Menambah baik kaedah penulisan esei pelajar dalam suasana peperiksaan
4 Objektif
4.1 Pelajar berkebolehan mengenal pasti tugasan soalan dengan tepat
4.2 Pelajar dibimbing menulis esei ekonomi dengan lengkap
4.3 Pelajar menulis laras ayat ekonomi yang mempunyai nilai markah sahaja
5 Tema
5.0 "Esei Tepat Markah Hebat"
6 Jangka Masa Pelaksanaan
6.0 Jun hingga Ogos, 2011
7 Bidang Program
7.1 Taklimat pensyarah
7.2 Modul esei berpandu
7.3 Pembentangan seminar
8 Jawatankuasa Pelaksana
8.1 Pensyarah kelas berkenaan
8.2 Setiausaha Kelas
8.3 AJK Kelas (Panel Mata Pelajaran Ekonomi)
9 Perbelanjaan
9.1 Cetakan bahan 20 helai @ 25 orang pelajar X 4 sen = RM20.00
9.2 Kertas Jawapan A4 10 unit = RM20.00
Jumlah = RM40.00
10 Sumber Kewangan
10.1 Peruntukan Panitia Mata Pelajaran RM40.00
Penutup
Program Esei Markah Penuh ini ialah satu langkah intervensi yang diharapkan dapat membantu pelajar ekonomi tingkatan 6 merancang penulisan jawapan sebagaimana yang ditetapkan dalam tugasan soalan. Selain itu, menerusi bimbingan pensyarah, pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri terhadap kebolehan menulis esei ekonomi yang baik dan lengkap. Sesungguhnya pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM perlu setimpal dengan tempoh pengajian prauniversiti tingkatan enam yang mereka lalui.
Disediakan oleh:
t.t.
AZHAR BIN MOHD RODZI
Setiausaha Program Esei Ekonomi STPM Markah Penuh
SMK St. Michael, Ipoh
Bertarikh: 10 Jun 2011 / 8 Rejab 1432
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
SALAM CG AZHAR, BLH X EMELKAN BAHAN2 UTK CG BUAT PROGRAM ESEI EKONOMI TU KPD SY? SY BMINAT NGAN PROGRAM TU, SMG DPT BANTU STUDENTS SY JG. (jamarianijamaludin@yahoo.com)
Post a Comment