SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

TIDAK PERLU KECOH TENTANG BAHASA SMS (SLANG DICTIONARIES BY MARGINAL CLIQUES)

Sehari dua ini sebuah akhbar harian cuba menarik perhatian pembaca (baca: pembeli) tentang satu retorik yang baru muncul, iaitu bahasa terlarang yang merujuk kepada bahasa mesej pesanan ringkas (sms). Seperti biasa, wartawan berjaya memancing beberapa orang tokoh bahasa dan orang awam untuk latah sama terhadap isu yang dibangkitkan. Bagi memuaskan hati penyokong tegar sosiolinguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka menyenaraikan sejumlah 300 ejaan yang dilemahkan  untuk panduan sms.

Apa yang  pelik sangat dengan bahasa sms? Dalam pertuturan harian tidak rasmi pun tiada sesiapa yang bercakap dengan peraturan tatabahasa yang ketat. Nanti orang panggil "mat skema"!

Komunikasi sms lebih bersifat peribadi. Jumlah aksara maksimum yang dibenarkan juga terhad. Kalau hendak menaip ejaan penuh alamat lenguh jari-jemari dan masanya menjadi panjang.

Mungkin pada masa akan datang penyedia perkhidmatan sms boleh memperkenalkan pembetulan automatik ejaan secara pilihan kepada pengguna. Kalau sudah panjang lebar justeru hendak menggembirakan pakar-pakar bahasa, nama sms sendiri tidak boleh kekal! Barangkali, nama "mesej bahasa indah" (blm) lebih sesuai.

Pengaruh bahasa sms dalam penulisan karangan budak-budak sekolah belum sampai tahap kritikal. Kalau ada sekalipun hanya datang daripada kelompok pinggiran yang tidak bersifat dominan. Budak sekolah yang normal masih dapat membezakan bahasa baku (rasmi) dengan unsur kolokial, parokial, atau slanga.

Demikian juga dengan mahasiswa di kampus-kampus universiti tempatan. Jangan terlalu cepat menghukum generasi muda andainya mereka didapati tergelincir sedikit sebanyak. Generasi dewasa juga harus sesekali menoleh ke belakang tentang zaman silam mereka sendiri yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan...

No comments: