Tuesday, June 7, 2011
HIKAYAT INDERAPUTERA KOMSAS TINGKATAN 2 (THE ONE SECOND CARELESS)
Pengenalan
Keasyikan raja dalam melayani pandai emas (tukang ukir emas) telah menyebabkan baginda kehilangan putera yang diterbangkan oleh merak emas, lalu dijatuhkan di sebuah kebun nenek kebayan. Kemudian, Inderaputera yang didakwa oleh nenek kebayan sebagai cucu (angkat) dijadikan pula anak angkat Perdana Menteri secara giliran kerana tertarik dengan paras wajah Inderaputera. Maka, tilikan ahli nujum bahawa Inderaputera akan ditimpa bencana jika bermain dengan binatang menjadi kenyataan.
Sinopsis
Bab 1
Hikayat dimulakan dengan gambaran kehebatan Indera Putera yang berkuasa di tanah jin dan tanah manusia, beroleh pelbagai ilmu kesaktian daripada perjalanan di gua dan laut jin bertahun-tahun lamanya sambil menewaskan gergasi bernama Mamdu. Setelah itu hikayat bertukar menjadi imbas kembali akan asal-usul Inderaputera yang dilahirkan oleh Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi, isteri Maharaja Bikrama Buspa. Kegembiraan raja digambarkan dengan segala anugerah kepada pegawai dan sekalian rakyat jelata, selain memelihara Inderaputera dengan segala adat kebesaran istana.
Bab 2
Dalam upacara persembahan ufti negeri-negeri naungan termasuklah utusan pandai emas dan pandai kayu yang mengukir ikan dan merak yang kemudiannya hidup, serta mampu menuturkan pantun dan seloka. Inderaputera turun dari ribaan ayahandanya untuk melihat merak mengigal (ekor kembang), lalu teruslah disambar ghaib dari istana. Setelah ditemui oleh nenek kebayan, inderaputera setuju tinggal dengan nenek kebayan penjual bunga itu. Kehadiran Inderaputera menemani nenek kebayan berjual bunga menyebabkan banyak orang jatuh kasih, dan rezeki nenek kebayan melimpah ruah, termasuk pemberian kepada Inderaputera. Ketika mempersembahkan bunga kepada Perdana Menteri, tingkah laku yang begitu teratur, misalnya penolakan untuk makan menyebabkan perdana menteri terpikat. Akhirnya, setiap siang, Inderaputera tinggal di istana sebagai anak angkat perdana menteri, dan sebelah malam kembali ke rumah nenek kebayan. Begitulah rutin hidup Inderaputera hinggalah baginda besar panjang sebagai anak muda.
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment