SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, June 2, 2011

SUDUT PIDATO KAMPUS UJI KEPETAHAN MAHASISWA (TRAINING THE FUTURE LEADERS AT UNIVERSITY)

Seseorang pemimpin yang berkarisma memiliki kebolehan bercakap yang meyakinkan khalayak. Kelebihan bercakap ialah perantaraan pengaruh pemimpin kepada sasaran yang dikenal pasti. Selain komuniti penyelidikan yang mementingkan bukti dan data, dianggarkan bahawa 80 peratus manusia sangat kuat dipengaruhi oleh persepsi, atau tanggapan sepintas lalu.

Hakikat di atas dimanipulasikan oleh banyak pihak seperti ahli politik, saudagar, pengiklan dan pelbagai aliran pemikiran. Istilah spin yang begitu meluas digunakan dalam strategi politik tidak jauh bezanya dengan perumpamaan "putar alam". Maka, ahli politik yang bersifat membujur lalu, melintang patah hanya mementingkan kemenangan persepsi terhadap penyokong dan pengundi, manakala persoalan ilmu dan kebenaran ialah perkara yang kedua sahaja.

Cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli politik tradisional itu bagaimanapun kian meningkat oleh tahap akses masyarakat terhadap maklumat dan pendidikan. Selain kemudahan komunikasi maya menerusi penembusan internet jalur lebar tanpa wayar, kemunculan lebih banyak organisasi intelektual dan kebangkitan pemikiran politik baharu di seantero dunia menyebabkan status quo sukar dipertahankan. Malah, media cetak dan media elektronik tradisional yang dianggap sebagai kuasa keempat (the fourth estate) telah mengalami kemerosotan yang sangat besar.

Universiti-universiti tersohor dunia seperti Harvard, Yale, Oxford, Cambridge dan al-Azhar tidak pernah tergugat dengan penubuhan institut pengajian tinggi baharu yang berorientasi pasaran, atau berwajah rejim vokasional. Sebaliknya, universiti berkenaan ialah wadah melahirkan pemimpin yang berwibawa dan tiada tolok bandingan. Walaupun sesekali terdapat isu bukan akademik yang sedikit menjejaskan imej mereka, kepercayaan terhadap kualiti siswazah yang ulung dan unggul tidak pernah berkurangan.

Di Malaysia, terdapat empat buah universiti penyelidikan yang diharapkan akan segera muncul sebagai universiti yang setara dengan taraf universiti kelas pertama berkenaan. Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia kini lebih bertumpu kepada proses pengantarabangsaan dengan pengambilan lebih ramai pelajar pascasiswazah dari dalam dan luar negara. Geran penyelidikan yang lebih besar akan diperuntukkan berbanding dengan 16 buah universiti awam yang lain.

Selain kegiatan akademik dan penyelidikan, para pelajar ijazah pertama dan ijazah lanjutan diberi kesempatan menggilap bakat kepimpinan yang dimiliki. Beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) diberi tafsiran semasa yang sejajar dengan maksud itu. Universiti Malaya sebagai contoh telah mewujudkan semula Sudut Pidato yang dibuka kepada mana-mana warga kampus yang hendak memperagakan kebolehan  bercakap dengan petah bagi menarik perhatian khalayak...

No comments: