Melihat bidadari tersenyum sesama sendiri, puteri menitahkan bidadari tua berulang-alik menemui Inderaputera yang berpura-pura tidak tahu apa-apa. Akhirnya tuan puteri sendiri berjumpa Inderaputera, lalu menawarkan perjanjian memenuhi kehendak Inderaputera. Maka, Inderaputura mengikut puteri menuju mahligai dengan menaiki tabak hingga ditinggalkan Padang Belantara Hairani, sedang puteri ghaib di udara.
Ujian yang dihadapi oleh Inderaputera
1 Gajah besar di muka pintu mahligai. Dirantai pada pohon beringin. Mata gajah tidak berkelip menandakan ia hanya gajah hikmat. Rantai diputuskan dan gajah rebah tiada bergerak lagi.
2 Harimau hikmat buatan permata berharga. Dirantai pada pohon delima. Juga rebah setelah tali pesawat diputuskan.
3 Singa hikmat yang dirantai pada pohon anggur.
4 Badak hikmat dirantai pada pohon kurma. Diperbuat daripada hablur dan besi kersani.
5 Naga hikmat berkepala tujuh.
6 Geroda hikmat dirantai pada pohon cemara. Diperbuat daripada batu berani, pualam, intan dan besi kersani.
7 Raksasa naik kuda hijau hikmat. Tali pesawat tersembunyi dalam tanah diputuskan.
Setelah melepasi semua halangan, Inderaputera dijemput ke taman ghairah. Inderaputera diminta mandi dalam kolam dan diberi persalinan indah. Inderaputera saling berbalas pantun dengan puteri sambil menikmati makan minum yang lazat.
Inderaputera kemudia beradu (tidur) di Balai Rangga Puspa Berahi yang dihias indah. Setelah bersugi dan kemudian santap keesokan harinya. Inderaputera bertanya semula tentang gelaga hikmat yang dijanjikan. Tuan Puteri segera menunaikan janji sambil menerangkan kegunaan gemala hikmat yang boleh mencipta negeri lengkap dengan pegawai dan rakyat jelata, dan untuk menurunkan hujan, angin atau api dengan hanya mencita nama Dewa Langkurba, nenek puteri yang berada dalam laut...
3 comments:
geroda tu sejenis burung ke?
ya. dalam sastera lama merujuk kenaikan visynu (epik hindu), iaitu burung rajawali atau helang besar. (kamus dewan edisi IV: 446)
naga tu tak dirantai di pokok ke? atau dirantai di pagar sebab inderaputera ada memarang tali pesaawat kt naga tu juga
Post a Comment