Pengenalan
Sekali lagi diingatkan bahawa bidang kajian aktiviti ekonomi hanya tertumpu kepada tiga komponen besar, iaitu penggunaan, pengeluaran dan pertukaran. Komponen penggunaan dipelajari dalam tajuk-tajuk permintaan, penawaran dan keseimbangan pasaran; keanjalan permintaan dan penawaran; dan keseimbangan pengguna. Maka, selanjutnya pembelajaran ekonomi beralih kepada komponen pengeluaran yang merangkumi tajuk-tajuk seperti fungsi pengeluaran, teori kos dan ekonomi bidangan.
Konsep-konsep penting dalam teori pengeluaran
loji: unit pengeluaran berbentuk fizikal seperti bangunan, jentera, kilang
firma: organisasi pengeluaran yang memiliki loji
industri: gabungan semua firma dalam sesuatu keluaran (barang dan perkhidmatan)
jangka pendek: terdapat sekurang-kurangnya satu faktor tetap, di samping faktor berubah
jangka panjang: berlaku penyesuaian loji, iaitu tiada lagi faktor tetap (hanya ada faktor berubah).
Fungsi Pengeluaran
merujuk hubungan antara tingkat keluaran (output) dengan kuantiti faktor (input). Boleh ditulis sebagai:
Qx = f (B, M, T, U).
B - buruh
M - modal
T - tanah
U - usahawan
Dalam jangka panjang semua 4 faktor ialah faktor berubah, manakala dalam jangka pendek mesti ada sekurang-kurangnya satu faktor tetap. Bagi memudahkan analisis, andaikan hanya ada 2 faktor, iaitu buruh dan tanah. Faktor tetap ialah tanah, manakala faktor berubah ialah buruh.
Qx = f(B, Ť);
Ť = faktor tanah diandaikan tetap
Huraian grafikal
Hubungan antara keluk: jumlah keluaran (TP), keluaran purata (API), keluaran sut (MP).
akan datang...
2 comments:
#NICE
Auss
Post a Comment