Pengenalan
Hendak pandai menghargai masa,
Setiap orang hendaklah menghargai masa, dan tidak wajar bertangguh dalam sesuatu kerja.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Dorongan untuk bekerja akan menyebabkan beban yang berat menjadi ringan. Kerja dianggap sebagai ibadah dan sumbangan yang penting.
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Seseorang yang memiliki ketinggian peribadi akan menjaga penampilan luaran (jasmani) dan menggambarkan sikap positif lagi terbuka. Mereka akan menjadi contoh dan sebutan.
Orang yang baik hati sentiasa mempamerkan sifat yang disukai. Orang lain akan berasa selamat dan selesa apabila berada di sampingnya.
Pengaruh teladan sentiasa mendatangkan kebaikan. Seseorang itu sentiasa mempunyai peribadi rujukan bagi menentukan baik buruk sesuatu perkara.
Segala tugas dilakukan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Ketegasan dalam kerja menjadi kunci kejayaan walaupun bersifat sederhana.
Hemat bermakna cermat, teliti dan menjaga sesuatu supaya lebih tahan lama. Dengan itu, pembaziran dapat dielakkan. Seseorang yang berhemat sangat menghargai sesuatu sumber sama ada masa, tenaga, wang ringgit dan perkataan.
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
Orang yang sabar sentiasa tenang dalam menghadapi sesuatu. Sifat negatif seperti gopoh, kelam-kabut, kucar-kacir, putus asa dan tergesa-gesa akan dijauhi. Cabaran dihadapi dengan tabah dan jalan keluar dicari.
Peningkatan bakat diberi sokongan,
Bakat dan potensi yang dikembangkan akan mendorong pembaharuan, penambahbaikan dan inovasi. Kebolehan yang ditunjukkan bakal mendatangkan manfaat kepada kehidupan.
Penghasilan idea, bahan atau reka bentuk tertentu akan meningkatkan kesejahteraan. Bakat terpendam hendaklah digilap supaya idea yang muncul tidak sia-sia sahaja. Bakat yang dikembangkan perlu diaktifkan sepanjang masa.
Contoh tugasan
i) Apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu seronok nekerja? (2 markah)
ii) Cadangkan tiga cara menggilap bakat generasi muda di negara kita. (4 markah)
iii) Jelaskan dua persoalan dalam gurindam di atas. (3 markah)
1 comment:
assalamualaikum...
mohon izin saya copy utk PDP
Post a Comment