SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, September 27, 2011

KOLOKIUM PENYELIDIKAN PRAUNIVERSITI TINGKATAN 6 (VIVA FOR YOUNG RESEARCHER)

Ipoh, Selasa: 27/9/11 = 29 Syawal 1432

Pengalaman tahun kedua SMK St. Michael, Ipoh (SMI) melaksanakan program penyelidikan bagi pengajian tingkatan 6 sangat berharga. Ketika kebanyakan sekolah lain masih ternanti-nanti pakej penyelidikan dalam sistem modular yang dijanjikan, SMI telah mengorak langkah meluru ke garisan penamat terlebih dahulu. Pelajar prauniversiti 6 Rendah kohort telah berjaya menyelesaikan projek penyelidikan masing-masing dalam tempoh 4 bulan.

Dalam jangka masa sesingkat itu, pelajar prauniversiti SMI telah menerima pendedahan tentang asas-asas ilmu penyelidikan, proses, tatacara dan aplikasi sebagai bekalan, serta persediaan pengajian tinggi kelak. Walaupun hanya 13 kali pertemuan diaturkan, tetapi pelajar telah berjaya mematuhi bimbingan para pensyarah, menyediakan cadangan, melaksanakan penyelidikan, menyediakan draf dan alat bantu pembentangan kolokium saringan, menambah baik draf untuk penulisan laporan dan proses menjilid untuk serahan. Mereka juga telah berjaya menggunakan laras ayat dan bahasa penyelidikan dengan begitu meyakinkan.

Berdasarkan sesi pembentangan kolokium saringan dan kolokium akhir yang berakhir sebentar tadi, beberapa penambahbaikan boleh diberi perhatian bagi memantapkan program kolokium penyelidikan prauniversiti pada masa depan. Antara lain:

Persediaan pembentang

Fokus pembentangan

Soalan rakan penyelidik

Soalan pakar

Cara memberi jawapan

bersambung...

1 comment:

Yana Zolkefly said...

Assalamualaikum cikgu azhar?
Baru2 ni sy tlh terpilih untuk mewakili sekolah dlm kolokium (form6)
Tetapi sy tidak tahu lngsung apa itu kolokium
Boleh tk jelaskn secara terperinci tntng kolokium?
Dan apakah persediaan yg prlu sy lakukn sblm kolokium ini dijalankn?
Diharapkn ckgu dapat mnjwb persoalan sy...terima kasih