SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, September 18, 2010

MAJLIS RAYA TEMUKAN BEKAS PELAJAR SMI (OLD MICHAELIANS RAYA OPEN HOUSE)

Ipoh, Sabtu: 18 September 2010 / 9 Syawal 1431

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Walaupun lebih 30 tahun tamat persekolahan di SMK St Michael, Ipoh (SMI) era aliran Inggeris, bekas pelajar yang telah beranak-pinak masih sanggup datang dari jauh dan dengan bangganya menunjukkan kepada anak masing-masing sekolah yang berjasa kepada mereka. Majlis rumah terbuka Aidil Fitri anjuran Persatuan Bekas Pelajar SMI seksyen pelajar Islam berlangsung di dewan sekolah mulai pukul 3 petang dan berakhir 3 jam kemudian.
Alangkah gembiranya dapat bertemu rakan sekelas yang pernah sama-sama meriuhkan bilik darjah dan seluruh kawasan sekolah. Lebih meriah lagi apabila guru seperti Cikgu Harun, seorang warden asrama yang tegas turut hadir. Beliau masih ingat akan pelajar beliau yang selalu membuat kecoh walaupun kini rambut cikgu dan murid sudah sama-sama memutih.
Prof. Dr. Abdullah (TNC UiTM) dan Tuan Haji Tauhid Ahmad (PK SMI)

Tiga orang bekas pelajar yang sekarang berstatus profesor juga sempat meluangkan masa. Mereka ialah Prof. Dr. Abdullah Said (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UiTM), Prof. Dr Zaki (UTM) dan Prof Madya Ahmad Nidzamuddin (penganalisis politik, UKM). Prof. Lah,  52, misalnya mula bersekolah di SMI dalam kelas peralihan pada tahun 1971. Beliau juga ialah anak jati UiTM justeru memperoleh semua ijazah (sarjana muda, sarjana dan Ph.D) dari UiTM sendiri.
Tanda kasih bekas pelajar kepada SMI terbukti dengan kehadiran Encik Tajul yang tidak mahu ketinggalan berjumpa kawan-kawan lama walaupun terpaksa berkerusi roda. Tentulah lebih happening andainya nama-nama besar seperti Mohd Farid Ridzuan (ketua pegawai eksekutif Media Prima yang menguasai rangkaian TV3, NTV7, 8TV, TV9, Hot.FM, Fly.FM), Dato' Dr Robaayah (Pengarah Institut Jantung Negara), Tan Sri Lee Lam Tye (pengerusi latihan khidmat negara), Ralph Marshall (ketua pegawai eksekutif Astro), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (UM), Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan (legenda badminton dunia), Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua Malaysia) dan sesenarai panjang lagi bekas pelajar SMI juga turun ke SMI. Bekas pelajar yang low profile juga pasti membangkitkan nostalgia.

Bro. Dato' Vincent, 81, yang juga mantan pengetua SMI (dahulu dipanggil sebagai director) menjadi tumpuan bekas pelajar. Hubungan rapat dengan bekas pelajar berterusan walaupun  beliau telah begitu lama bersara. Dari dahulu lagi Dato' Vincent hadir dalam kebanyakan majlis rasmi SMI, melainkan beliau mempunyai komiten lain.
Kek raya juga dipotong secara beramai-ramai tanda simbolik jalinan erat yang menjadi tradisi SMI selama ini. SMI memanglah sebuah sekolah mubaligh (mission school), tetapi dikelilingi persekitaran institusi masyarakat Islam, iaitu Masjid India, dan Kompleks Islam. Warga SMI yang sudah sebati dengan kepelbagaian latar belakang dan kepercayaan langsung tidak kekok untuk membina kerukunan sosial, bahkan boleh menjadi model masyarakat yang bersatu padu...

2 comments:

anakmak said...

Assalamualaikum cikgu,saya Ahmad hashimuddin salleh bin mahmud ,bekas pelajar smi tahun 1977 - 1982.( DARJAH 6 SAMPAI TINGKATAN 5 ).Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada cikgu sekeluarga.Sekarang saya bekerja di loji pembersihan air sis II,parit...sebagai machanical technical assistant.

cikgu azhar smi said...

terima kasih encik ahmad

ada di majlis hari tu tak?

sebenarnya kehadiran bekas pelajar dapat membantu budak-budak yang ada tentang susah payah kehidupan...