SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, June 2, 2011

SEJARAH WANITA MELAYU BERTUDUNG (THE IMAGE OF MUSLIM WOMEN)

Berdasarkan catatan bertulis dan karya sastera, wanita Melayu sejak zaman dahulu amat mementingkan amalan bertudung kepala. Konsep seperti dara pingitan menunjukkan betapa nama baik seseorang gadis begitu dijaga. Seseorang gadis yang sudah cukup umur (akil baligh) akan mengenakan tutup kepala apabila ada keperluan untuk urusan luar rumah atau ketika menerima kunjungan tetamu yang bukan anggota keluarga.

Bentuk tutup kepala yang dikenakan tidaklah sama seperti fesyen tudung terkini. Kaum hawa yang sopan pada masa itu menggunakan kain selendang atau kain sarung bagi menutupi rambut mereka daripada dilihat oleh lelaki asing (ajnabi). Pendek kata, amalan menutup kepala ialah suatu bentuk kawalan sosial yang penting bagi kaum wanita yang mementingkan adab sopan dan akhlak yang mulia.

Fesyen berkemban yang cuba digambarkan sebagai kebiasaan anak gadis zaman dahulu ialah satu bentuk tingkah laku lencongan. Keluarga yang menitikberatkan adab sopan tidak akan membenarkan pakaian kemban diperagakan secara terbuka. Gadis yang berkemban secara terbuka dianggap berakhlak rendah dan murahan.

Jati diri wanita Melayu mulai menghadapi cabaran akibat proses pembaratan yang dibawa oleh kaum penjajah. Budaya hawa nafsu dan pergaulan bebas lepas telah merempuh benteng susila wanita Melayu yang sekian lama dipertahankan. Keadaan bertambah parah apabila konsep hidup bandar yang menggalakkan pertumbuhan pusat hiburan seperti kabaret dan kelab malam kian berleluasa.

Sebahagian wanita Melayu mula terpengaruh dengan fesyen pakaian yang mendedahkan aurat. Tutup kepala sudah hilang entah ke mana. Citra sopan gadis Melayu yang patuh kepada hukum syarak juga tergugat.

Kemasukan filem Hindustan dan Hollywood memburukkan keadaan. Tingkah laku pelakon dan penyanyi yang tidak beriman mula mendapat tempat. Fesyen sopan dianggap sebagai ketinggalan zaman.

Dunia Islam memang terumbang-ambing sejak keruntuhan empayar Uthmaniah Turki pada tahun 1924 ekoran dendam Barat yang tidak berkesudahan. Pemikiran sekular meresap ke segenap urat nadi masyarakat Islam termasuk pendidikan. Impian Barat hampir kesampaian.

Namun, cahaya Islam tidak semudah itu dipadamkan. Berkat kesabaran alim ulama, pendakwah dan organisasi gerakan Islam, kebangkitan semula Islam menjadi fenomena yang digeruni oleh Barat. Puak-puak sekular dan tali barut Barat juga gagal mengekang kesedaran umat untuk kembali muncul sebagai masyarakat yang kuat dan bersatu padu.

Di Malaysia, penegasan semula tentang pakaian menutup aurat digerakkan oleh pertubuhan Islam, khususnya Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang mencapai kemuncaknya pada dekad 1980-an. Pada peringkat awal, wanita bertudung masih dianggap janggal, serta diberi gelaran "dakwah" atau label sinis seperti "hantu kum-kum". Lama-kelamaan, fenomena wanita bertudung telah diterima oleh seluruh masyarakat, bahkan dimasukkan sebagai pakaian murid sekolah.

Dunia glamor para pelakon dan penyanyi turut menerima tempias fesyen bertudung. Lebih banyak artis wanita sudah berasa selesa mengenakan tudung. Pereka fesyen dan industri tekstil juga menyambut baik kecenderungan selebriti untuk bertudung...

1 comment:

Anonymous said...

sy setuju dgn semua yg dinyatakn nie...
sy mmng suka brtudung.. kekadang sy merasa tdak selesa jika trlupa atau tdak memakai tudung wlau dmna pun.. klu artis pula sy sngt support irma hasmie sbb dia nmpk anggun dgn memakai tudung skrng.. dia nmpk lboh cntik.. apa2 pun sy sokong dng pernyataan yg ckgu nyatakan ini...
wslm...