SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, June 4, 2011

"WARKAH DARIPADA IBU" CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (ENVIRONMENTAL FACTOR IN EDUCATION)

Pengenalan

Rohani Deraman berjaya menimbulkan teka-teki di benak pembaca akan sebab-musabab ibu bapa Mira menghantar menghantar Mira, Aidil dan Manja tiga beradik tinggal bersama datuk nenek di kampung dan bersekolah di sana. Mulanya pembaca mungkin menyangka bahawa berlaku krisis rumah tangga yang cuba disembunyikan. Namun, surat panjang lebar si ibu di tangan Mira telah menemukan noktah teka-teki itu.

Cerpen bertemakan keprihatinan ibu bapa terhadap proses pendidikan anak remaja mereka. Ibu bapa Mira yang sentiasa sibuk bekerja menyedari bahawa anak-anak mereka di bandar sentiasa terdedah kepada pengaruh yang sukar dikawal. Memandangkan ibu Mira ialah anak tunggal datuk dan nenek, kehadiran mereka tiga beradik tidak akan membebankan, bahkan disambut dengan senang hati.

Sinopsis

Sebaik menerima warkah ibu setelah setahun di kampung, Mira mula mengimbas kembali detik-detik dia dan dua adiknya berpisah daripada ibu bapa dan rumah di bandar. Awalnya ibu hanya memberi alasan bahawa dirinya dan bapa terpaksa bekerja keras untuk masa depan Mira tiga beradik. Sukar buat Mira melalui pengorbanan itu sedangkan sejak dilahirkan dia tidak pernah renggang dengan ibu bapanya. Pada malam pertama di kampung Mira sukar melelapkan mata sebagaimana Aidil dan Maja.

Perubahan pertama Mira ialah disuruh memakai tudung untuk ke kedai berhampiran. Setiba di kedai Pak Uda Usop, Mira diperkenalkan dengan Suzana, bakal rakan sekelas Mira. Seterusnya Mira rapat dengan Rohaya, Jamila dan Rokiah yang cepat mesra serta tekun belajar. Persekitaran pembelajaran di kampung mula menambat hati Mira.

Antara kandungan surat ibu Mira:

1   menegaskan masa depan Mira lebih diutamakan walaupun bermakna harus mengorbankan perasaan
     (tertikam dengan sembilu rindu yang tidak tertahan peritnya)

2   Mira masih mentah untuk membuat pertimbangan tentang persekitaran bandar yang sarat dengan gejala sosial 

3   mahu suasana kampung yang masih bercirikan pendidikan agama membentuk keperibadian Mira supaya menjadi anak solehah

4   mahu Mira menghargai suasana sederhana dan bersa belas terhadap kesusahan hidup masyarakat kampung

5   menghamburkan rasa syukur atas perubahan positif Mira, Aidil dan Manja dari segi pencapaian akademik dan tingkah laku

Mira hanya mampu mengalirkan air mata terharu...

Analisis Komsas 

Watak utama:  Mira
Perwatakan:  penyayang, mudah tersentuh (perasa, sensitif), menghormati orang tua, patuh kepada ibu bapa
Latar masyarakat:  masyarakat murid sekolah menengah, masyarakat remaja perempuan, masyarakat bandar,
                             masyarakat yang penyayang / mudah tersentuh / menghormati orang tua / patuh
Nilai:  kasih sayang, kepatuhan / ketaatan / hormat-menghormati
Persoalan:  kasih sayang terhadap keluarga, kepatuhan kepada orang tua
Pengajaran:  kita hendaklah mengasihi seisi keluarga, kita hendaklah patuh kepada orang tua

Watak sampingan 1: ibu Mira
Perwatakan:  bijaksana, berpandangan jauh, penyayang, tegas
Nilai:  kebijaksanaan, ketegasan, kasih sayang
Persoalan:  ketegasan dalam membuat keputusan

Watak sampingan 2:  nenek Mira
Perwatakan:  penyayang, taat, berpendirian teguh
Nilai:  Kasih sayang, ketaatan, teguh pendirian
Persoalan:  ketaatan terhadap perintah agama

1 comment:

Unknown said...

TERIMA KASIH ATAS BANTUAN