SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, October 13, 2012

PELAJAR PRAUNIVERSITI MODULAR BELUM BERSEDIA? (HIGHER LEVEL LEARNING SHOCK FORM LOWER SIX)

Peperiksaan penggal satu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di bawah sistem modular hanya tinggal tiga minggu, tetapi sebahagian calon tingkatan 6 Rendah masih kelihatan belum bersedia. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian mereka tidak melepasi tahap kesedaran (awareness) yang sepatutnya. Mereka berlagak seperti tiada apa-apa yang bakal berlaku, lalu tiada tanda kesegeraan (sense of urgency).

Calon jurusan sains yang cekap dalam matematik tulen mungkin tidak berhadapan dengan masalah besar bagi meneruskan kecemerlangan sepertimana pencapaian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas Fizik dan Kimia bukanlah terlalu sukar buat mereka, melainkan faktor masa dalam dewan peperiksaan yang boleh menyekat mereka daripada mencatat gred terbaik. Dalam tempoh dua tiga minggu, tumpuan perlu dibuat terhadap ujian kecekapan masa supaya calon sempat menjawab semua tugasan soalan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.

Berlainan hanya dengan calon jurusan kemanusiaan atau sastera. Mereka berhadapan dengan sebahagian mata pelajaran yang boleh dikatakan baharu seperti Ekonomi, dan Pengajian Perniagaan. Mereka mengalami kejutan apabila mata pelajaran sedemikian memerlukan analisis konsep, prinsip, model, rumus dan teori yang bersifat mujarad (abstrak).

Guru bertungkus-lumus bagi menarik perhatian pelajar supaya berasa gembira mempelajari perkara baharu. Barangkali pelajar masih terbawa-bawa dengan gaya pembelajaran di peringkat SPM. Justeru, perbincangan yang bersifat abstrak merupakan suatu kejutan buat mereka. 

Tidak seperti pelajar prauniversiti matrikulasi, A Level, Foundation, pengajian asasi dan program setara yang lain, pelajar tingkatan 6 berada dalam persekitaran sekolah. Mereka terikat kepada peraturan am sekolah dan harus mengambil bahagian dalam sistem persekolahan. Tumpuan terhadap pembelajaran memang tidak seperti pelajar prauniversiti yang lain.

Untuk berpatah balik ke sistem terminal tidak mungkin berlaku. Maka, walaupun masih dalam proses penyesuaian diri, pelajar tingkatan 6 Rendah harus juga menempuh peperiksaan STPM penggal satu lebih awal daripada pelajar sistem terminal tingkatan enam atas. Pencapaian mereka kelak akan menjadi asas penambahbaikan dalam pelaksanaan sistem modular pada masa hadapan.

Namun, kohort pertama sistem modular bukan pula sampel percubaan, sebaliknya sebagai pelopor perubahan sistem penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan enam. Tempoh tiga minggu terakhir ini perlu digunakan sepenuhnya bagi menyediakan calon STPM modular dari segi minda dan penguasaan isi pelajaran. Berdasarkan pentaksiran di peringkat sekolah, strategi yang tepat perlu didedahkan supaya pelajar berpeluang mengecapi kejayaan yang diidamkan.

...

...

...

2 comments:

Anonymous said...

bolehkah en.azhar memberi komen ttg pemusatan tingkatan 6 yg bakal dilaksanakan kelak. Adakah guru tingkatan 6 yg sedia ada bakal diserap ke pusat-pusat ting.6 atau lantikan baru?

cikgu azhar said...

pada prinsipnya jawatan naik pangkat yang diberi tidak akan ditarik balik, melainkan atas sebab disiplin, kesihatan dan tatatertib.

namun, guru t6 yang sudah cukup 5 tahun dalam gred 44, 48 boleh dicalonkan untuk jawatan pentadbiran menengah atas (t1 - t5).

guru akademik t6 tiada masalah untuk ditempatkan secara berpusat kerana sekurang-kurangnya mereka boleh mengajar pengajian am tanpa mengira pengkhususan akademik mereka...