SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

BAB 29 NOVEL 'LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA' (HARD TIME TO STOP INVASION)

Tajuk bab: Terus Berjuang
Rujukan naskhah asal novel: muka surat 287- 300

Sinopsis

Leftenan Adnan terpandang Samad dan dua orang lelaki bertopi mengayuh basikal di hadapan pangkalan. Sarjan Arshad memberitahu tentang dua lelaki pelik yang asyik tunduk dan menutup mata. Penghulu Deraman yang datang pada petangnya juga tidak kenal, melainkan tentang kulit mereka yang cerah. Lantas, Adnan meminta penghulu memerhatikan pergerakan Samad. Maka, pada malamnya Penghulu Deraman bersama Budin dan Leman mengekori Samad yang keluar dari rumahnya hingga ke sebuah rumah usang di dalam hutan. Penghulu Deraman sanggup mengintip lebih dekat seorang diri kerana Budin dan Leman takut, tetapi akhirnya ikut serta.

Penghulu Deraman melaporkan hal itu kepada Leftenan Adnan. Setelah berbincang dengan kapten Rix, Adnan mengarahkan pengintip dihapuskan malam itu juga. Menjelang tengah malam, Adnan mengetuai serbuan dengan tiga orang tentera memecahkan pintu rumah. Tiga orang lelai Jepun cuba mencapai pistol, tetapi orang Adnan pantas membunuh mereka. Ketika Samad diberkas, dia ditembak mati oleh seorang askar Jepun yang kemudiannya tewas di tangan Adnan.

Yamashita berang. Dia merancang untuk menyerang Jurong pada 10 Februari. Percival memerintahkan Batalion 2 Rejimen Askar Melayu dan Briged India ke-44 ke sana, tetapi askar India berundur setelah mengalami angka korban yang tinggi. Percival segera mengarahkan askar Melayu juga berundur. Pada pukul lapan malam askar Jepun mara ke Pangkalan Pasir Panjang setelah melepasi halangan periuk api kawat duri dan kubu kecil (pillbox). Askar Melayu berlindung di kubu bawah tanah.

Jepun menghantar kereta kebal, tetapi berjaya ditumpaskan. Pada pukul dua petang, tentera imperial Jepun menggempur rejimen askar Melayu, lalu mengepung mereka dan berjaya menawan sebahagian anggotanya. Sarjan Hasan yang berjaya lolos melaporkan kepada Leftenan Adnan tentang bedilan moeriam dan mortar hanya dapat dibalas dengan senjata ringan, dan kemudiannya pertempuran jarak dekat tanpa peluru. Sarjan Hasan tidak puas hati kerana Rix lebih mementingkan Buena Vista, sambil membiarkan askar Melayu di Pasir Panjang.

Watak dan Perwatakan

Leftenan Adnan: teguh pendirian, sentiasa membangkitkan semangat anggota supaya berjuang hingga ke titisan darah terakhir

Sarjan Arshad:  berterus terang, menyatakan pendapatnya tentang beberapa keputusan kapten Rix yang merugikan askar Melayu

Penghulu Deraman: berani, sanggup meneruskan pengintipan lebih dekat ke atas Samad, walaupun pada mulanya Budin dan Leman takut

Samad: pembelot / pengkhianat / tali barut / oportunis, bekerja untuk pengintip Jepun

Yamashita: berfikir tangkas, membuat pelbagai keputusan penting dengan cepat

Jeneral Percival: berfikiran positif, tetap mengatur pertahanan dan serangan ke atas musuh walaupun menghadapi serangan bertali arus dan terkepung di kebanyakan kedudukan

Latar masyarakat

Masyarakat yang berpendirian teguh

Masyarakat yang sanggup belot / mengkhianati bangsa

Masyarakat yang berterus terang

Nilai

keteguhan pendirian

kesetiaan

kejujuran

Persoalan

Keteguhan pendirian dalam perjuangan

Kesetiaan terhadap negara

Kejujuran dalam komunikasi

Pengajaran

Kita hendaklah berpendirian teguh dalam perjuangan

Kita janganlah belot / khianat terhadap negara

Kita hendaklah jujur / berterus terang dalam komunikasi

Latar tempat

Pangkalan tentera Pasir Panjang

Rumah persembunyian pengintip Jepun

Jurong

Latar masa

Tengah malam serbuan persembunyian pengintip

Malam pertempuran di Jurong

Petang gempuran tentera imperial Jepun

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...