SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, January 4, 2015

KENANGAN MAKAN SENGKUANG CALIT (PACKAGING MAKE SENSE)

Ketika bergelar murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan (SKSTS) dahulu, ubi kayu goreng menjadi rebutan dengan budak lain pada waktu rehat. Ubi kayu goreng yang dijual di kantin SKSTS memang enak sekali. Tekstur ubi goreng SKSTS memang cukup sempurna (ukuran manusiawi) untuk dinikmati.

Sekarang ubi kayu goreng seperti itu tidak pernah ditemui lagi. Ia dipotong secara menirus dengan cantik bagaikan kerja chef hotel terkemuka. Rasa lemaknya terserlah di samping aroma yang sukar dilupakan.

Tiap-tiap hari beli ubi kayu goreng pun tidak pernah berasa rugi atau jemu. Kalau lambat sedikit, memang kempunan sekejap. Ganti ubi kayu goreng ialah sengkuang calit sos tabur kacang.
Sengkuang calit hanya sedikit di bawah ubi kayu goreng dari segi kepuasan. Harga sepotong sengkuang calit sama macam ubi kayu goreng, iaitu 10 sen sahaja. Maklumlah ketika itu harga gula 60 sen satu kilogram, surat khabar harian 20 sen satu naskhah dan majalah Bambino 80 sen satu naskhah, jika tidak silap ingatan.

Sengkuang calit juga mendapat sambutan hebat di pasar minggu (Sabtu malam Ahad) berhampiran jam tinggi Teluk Intan (ketika itu Teluk Anson). Demikian juga jika ada pesta keramaian termasuk ' mandi Safar' di Headwork, Chenderong Balai sebelum diisytiharkan sebagai amalan khurafat.

Setelah lenyap seketika daripada jualan penjaja jalanan, kini sengkuang calit membuat kemunculan semula. Di bandar Dungun, sengkuang calit boleh dibeli berhampiran laluan masuk dari arah jalan pantai menuju kompleks pasar raya Mydin, Sakan dan Aneka. Kiosk jualannya ringkas sahaja, tetapi terpapar sepanduk gantung tentang sejarah sengkuang calit.

Penjual akan bertanya sama ada pembeli mahukan rasa asli atau pedas. Namun, ditanya dalam bahasa rojak: "ori ke spicy?". Sudah macam di restoran makanan segera pula.

Harga sepotong sengkuang calit edisi semasa RM2.00 sahaja, naik 200%? Rasa masih enak dan berbaloi membelinya. Sesekali memberi sokongan kepada kaum belia berniaga bersebelahan masjid biru di situ pun seribu rahmat juga, bukankah begitu?

1 comment:

Hisham Daud said...

kalau nak sos sengkuang calit asli resepi utara boleh hubungi saya 010-3887388 Hisham atau lawat www.sengkuangcalit.com atau https://www.facebook.com/pages/Oldskool-Sengkuang-Calit-Asli