SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, January 22, 2015

SIAPA YANG MENAJA KEGANASAN? (DOUBLE STANDARD OF WESTERN CENTRIC VIEW)

Peristiwa WTC 911 New York menjadi justifikasi Amerika Syarikat dan sekutu untuk melancarkan dasar antikeganasan di seluruh dunia. Namun, Barat sengaja melupakan sejarah penjajahan mereka yang sangat panjang ke atas benua Asia dan Afrika dengan memunggah segala kekayaan bumi tanpa membayar ganti rugi hingga ke hari ini. Jepun, sebuah kuasa Asia sekurang-kurangnya sering membuat permohonan maaf sambil menawarkan pelbagai bentuk pampasan kepada negara yang pernah diduduki.

Program 21st Century Friendship yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jepun membuka peluang kepada pelbagai golongan dari negara bekas jajahan Jepun melawat negara matahari terbit itu antara sebulan hingga tiga bulan. Di Malaysia, pemilihan peserta merangkumi belia dan pertubuhan bukan kerajaan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selain itu, Jepun bermurah hati menawarkan tempat di universiti mereka bersekali dengan tajaan biasiswa.
klik pada imej untuk paparan penuh

Barat pula kelihatan masih belum puas membuli negara dunia ketiga yang pernah menjadi mangsa dasar imperialisme mereka. Kalau dahulu, Barat menjarah sumber di Asia, Amerika Latin dan Afrika, kini mereka mengenakan kawalan dan tekanan terhadap politik dan ekonomi pula. Organisasi perisikan Barat menyelinap ke dalam struktur pemerintahan negara tertentu menerusi tali barut yang terlatih, mahupun menyamar sebagai pakar runding tertentu.

Barat biasanya menggunakan alasan demokrasi dan hak asasi untuk campur tangan dalam hal-ehwal negara yang mahu dikenakan. Namun, Barat juga membiarkan pemimpin boneka mereka bermaharajalela sebagai diktator bagi memastikan bahawa rakyat di sesebuah negara itu kekal dalam kejahilan dan kemiskinan. Rakyat yang jahil lagi miskin lebih mudah dipengaruhi dari segi emosi, serta lebih mudah dikendalikan seandainya berlaku penentangan.

Sesetengah kelompok radikal yang berasa negara mereka ditindas atau diperalat oleh kuasa Barat memilih untuk melancarkan serangan ala gerila dan serang hendap ke atas kepentingan Barat. Peribahasa mengatakan tidak dapat tanduk telinga dipulas. Mereka berasa puas setiap kali dapat menyaksikan masyarakat Barat menderita, walaupun sasaran yang kena hanyalah orang awam dan pelancong yang tidak terbabit dengan sebarang pertembungan kuasa.

...

...

...

No comments: