Sehubungan itu, murid tingkatan 4 tidak perlu terlalu risau tentang bait ungkapan yang bersifat abstrak atau tersirat. Merujuk pendahuluan antologi (muka surat viii), karya dalam antologi (JKKDI) sarat dengan pengajaran dan keindahan yang dapat dijadikan santapan rohani pembaca. Karya tersebut mencerminkan akal budi, daya fikir, corak kehidupan, nilai dan estetika masyarakat.
Rangkap 1
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.
Penyajak memulakan muhasabah (cermin diri, introspektif) dengan suatu tekad untuk membebaskan diri daripada kesukaran menghadapi pengisian selepas waktu siang.
Rangkap 2
Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.
Dalam benak penyajak berlaku pertentangan antara cabaran dengan keselesaan. Penyajak mahukan kebebasan berfikir supaya tidak mudah diinjak / diganggu oleh pengaruh luaran dirinya.
Rangkap 3
Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.
Dalam jiwa penyajak pelbagai dugaan datang untuk menggugat kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri, serta pelaksanaan kewajipan diri dan kepercayaan.
Rangkap 4
Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.
Dalam ego / kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga dengan perangkap pihak yang disangka bijaksana, tetapi masih peka dan mampu berjaga-jaga terhadapnya.
Rangkap 5
Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
Di dalam hati, penyajak bersungguh-sungguh mahu menentang ketidakpastian, meneroka kebenaran, mentelaah / menekuni setiap perkara yang tidak diketahui kesudahannya.
Rangkap 6
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.
Di dalam dada, penyajak sudah berasa tidak gentar dengan segala bisikan yang menghalang, serta tidak mudah mengalah oleh cakap-cakap berbentuk provokasi / percubaan menjatuhkan.
Rangkap 7
Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku tak kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
Maka, ketika peranti internet berada di hadapan mata, penyajak membuat keputusan yang teguh supaya tidak sekali-kali berasa lemah untuk mudah dipengaruhi (oleh maklumat yang dipaparkan).
Rangkap 8
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.
Akhirnya, penyajak menyedari bahawa dirinya telah banyak menghabiskan waktu melayan media baharu itu. Penyajak pun kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai kejadian terus memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian penyajak. Namun, penyajak mengukuhkan keazaman / tekad untuk tidak membuang waktu tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri di sisi Ilahi.
PERBINCANGAN
Tema
...
Nilai
...
...
...
Persoalan
...
...
...
Pengajaran
...
...
...
Contoh soalan aras petikan
...
...
...
Contoh soalan aras kbkk / kbat
...
...
...
Contoh soalan aras komsas
...
...
...
Cadangan kaedah pembelajaran
...
...
Cadangan rancangan di bilik darjah
...
...
Kesimpulan dan penutup
...
...
...
1 comment:
terima kasih -smk tunku ampuan najihah, seremban n.sembilan
Post a Comment