Sinopsis Bab 17: Kehidupan Baharu, muka surat 140 - 148
Adnan menikmati cuti di kampung. Tiba di kem, Kapten Anderson memaklumkan Adnan dinaikkan pangkat sebagai sarjan. Beberapa bulan kemudian Kapten Anderson menyatakan Adnan terpilih ke London, mewakili askar Melayu dalam pertabalan King George IV. Ketika bercuti seminggu sebelum ke London, Mak Milah merancang untuk menjodohkan Adnan dengan Sophia, anak Pak Pakih Muda.
Sedang Adnan termenung mengingatkan zaman kanak-kanak, serta perihal kedua-dua orang adiknya, Nordin dan rakan telah menyertai tentera. Mak Milah bijak memilih waktu itu untuk memastikan bahawa Adnan masih tiada calon isteri. Semasa Adnan di London, Pak Saidi dan Mak Milah menjalankan rancangan pertunangan Adnan dengan Sophia, guru di Sekolah Sungai Ramal.
Adnan dikurniakan uniform tentera British daripada King George, lalu menunjukkan kepada Kapten anderson sebagaimana yang diminta. Selanjutnya Adnan menjalani latihan pegawai dan naik pangkat sebagai leftenan muda mengetuai Platun ke-7 Kompeni C. Ketika pulang ke kampung sekali lagi, adnan menerima kejutan akan dikahwinkan dalam tempoh seminggu. Adnan serba salah, tetapi mengenangkan pengorbanan Pak Saidi dan Mak milah, dia akur. Namun, ketika mengunjungi rumah Sophia, Adnan terus terpikat dengan kelembutan dan keayuan bakal isterinya itu. Majlis kahwin di rumah Sophia dan kenduri doaselamat di rumah Adnan diraikan penduduk kampung.
Sinopsis Bab 18: Berhari Raya Di Kampung, muka surat 149 - 155
Adnan sayu kerana sudah lama tidak berhari raya bersama keluarga. Adnan dan Sophia dikurniakan dua orang anak lelaki, tetapi bayi perempuan mereka meninggal dunia. Cuti kali ini, Adnan beraya bersama keluarga walaupun pada mulanya Zainudin dan Mokhtar belum mesra dengannya.
Adnan memberitahu Sophia dia akan bertukar dari Bukit Candu ke Pasir Panjang, Singapura dan bercadang membawa keluarga mereka berpindah ke sana. Sophia gembira walaupun harus berjauhan dengan ibu bapanya sendiri. Mereka sekeluarga menaiki kereta api ke Tanjung Pagar. Hati Adnan tersentuh mengenangkan ibu dan ibu mentuanya menyeka air mata melepaskan anak dan cucu masing-masing.
Setiba di stesen Tanjung Pagar, Adnan sekeluarga menaiki jip tentera selama sejam pejalanan ke pangkalan tentera Pasir Panjang. Sophia cepat menyesuaikan diri, malah dia prihatin terhadap anak-anak tentera yang hanya leka bermain. Adnan menyokong cadangan Sophia untuk mengajar anak tentera di rumahnya bagi menubat kerinduan tentang hingar-bingar murid di sekolah.
Watak dan Perwatakan
Adnan
Kapten Anderson
Mak Milah
Sophia
...
...
Latar masyarakat
...
...
...
Nilai
...
...
...
Persoalan
...
...
...
Pengajaran
...
...
...
Latar tempat
Rumah Adnan
Rumah sophia
Kem tentera di Singapura
Latar masa
...
...
...
Perboncangan kbkk / kbat
...
...
...
No comments:
Post a Comment