SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, January 14, 2015

SAJAK 'KITA UMPAMA SEHELAI DAUN' KOMSAS BAHARU TINGKATAN 1 (GOOD DEEDS IN SOCIETY)

Pendahuluan

Puisi moden empat rangkap dengan 64 patah perkataan ini dimuatkan pada muka surat 11 antologi "Kuingin Berterima Kasih'. Nukiln SMahadzir ini ditulis pada tahun 2007. Kata 'umpama' dalam judul sajak menunjukkan unsur perlambangan (metafora).

Tema sajak:  Amalan yang baik dalam kehidupan (rujuk teks antologi, muka surat 9)

Perbincangan rangkap demi rangkap

Rangkap 1

          kita umpama sehelai daun
          bertunas segar di hujung ranting
          lalu melebar dan merimbun
          tempat bercanda unggas meriang
          di bawah redup bebayang mentari

Penyajak menegaskan bahawa kita sebagai insan tidak ubah seperti daun yang bergantung kepada banyak pihak lain demi kelangsungan hidup. Daun hanya boleh tumbuh dengan menumpang ranting, lalu menjadi besar dan berkembang. 

Dalam masa yang sama nikmat yang sedang dikecapi hendaklah dikongsi dengan pelbagai pihak yang berkeperluan. Daun menjadi tempat unggas bergurau senda dan bergembira dalam sebuah persekitaran yang selamat dan selesa. Pendek kata, saling bergantung dan saling memudahkan. 

Rangkap 2

          andai kikir jasa dan bakti
          di mana lagi tempat bernaung
          dari tusukan bahang memijar
          unggas kecil tidak berkudrat

Jika daun bersifat kedekut untuk menyumbang pertolongan, pihak yang memerlukan akan hilang tempat berlindung daripada cabaran hidup yang keras. Tusukan bahang memijar bererti suhu panas yang memeritkan (pijar). Unggas kecil melambangkan insan yang memerlukan pertolongan. Tidak berkudrat bermaksud tidak berdaya melindungi diri secara bersendirian.

Insan  hendaklah menjauhi sikap berkira atau kedekut untuk menyumbang atau menghulurkan pertolongan. Dengan kelebihan tertentu yang dimiliki, seseorang itu dapat menolong insan lain yang tidak berdaya mengharungi cabaran hidup yang sukar.

Rangkap 3

          kita umpama sehelai daun
          bakal kering sampai waktunya
          usahlah angkuh keupayaan diri
          sehingga lupa makhluk duafa
          ingin bernaung mencari hidup

Apabila tiba masanya, daun akan kering dan gugur begitu sahaja. Lantaran itu, penyajak mengingatkan supaya tidak berlagak sombong dengan sebarang kelebihan yang dimiliki. Insan tidak wajar meminggirkan insan yang lemah atau serba kekurangan (duafa = daif) yang memerlukan pertolongan untuk meneruskan kehidupan.

Rangkap 4

          jadilah sehelai daun
          hijau melunas menyegar mata
          kering gugur menjadi baja
          
Penyajak menyeru pembaca (sekalian insan) supaya mencontohi kejadian daun yang sentiasa bermanfaat sama ada ketika segar mahupun apabila sudah layu (kering). Ketika segar, daun yang menghijau sedap dipandang, manakala apabila kering dan gugur masih berguna sebagai baja yang menyubur bumi. 

Insan ketika hidup hendaklah sentiasa berguna serta memudahkan urusan orang lain. Kebaikan yang dilakukan menjadi contoh dan sebutan sesudah insan itu lanjut usia dan akhirnya meninggal dunia.

Perbincangan:

Nilai murni

1   Saling menolong / bantu-membantu: Daun bergantung kepada ranting untuk pembesaran, 
                                                                 kemudian menjadi tempat unggas berlindung dan membina koloni.

2   Murah hati / jiwa besar:  daun tidak kedekut / mementingkan diri untuk menghalang unggas kerdil 
                                             tumpang berlindung daripada tusukan bahang yang memijar

3   Keinsafan / merendah diri:  daun akan kering jua akhirnya / tidak segar selama-lamanya untuk berlaku sombong / mengabaikan pihak yangkurang beruntung (daif)

Persoalan:

1  Saling menolong / bantu-membantu sesama insan

2  Murah hati / jiwa besar dalam kehidupan bermasyarakat / menghulurkan pertolongan

3  Keinsafan / merendah diri tentang kesudahan diri / pusingan usia kehidupan

Pengajaran:

1  Kita hendaklah saling menolong / bantu-membantu sesama insan

2  Kita hendaklah bermurah hati / berjiwa besar / jangan kedekut untuk menolong sesama insan

3  Kita hendaklah sentiasa insaf / merendah diri tentang kesudahan diri / pusingan usia kehidupan

Contoh soalan aras petikan:

1

2

3

Contoh soalan aras kbkk / kbat:

1

2

3

Contoh soalan aras komsas:

1

2

3


Penutup dan Kesimpulan:

1

2

15 comments:

Anonymous said...

Thanks, this helped a lot

Anonymous said...

sangat membantu

Anonymous said...

thanks man

Unknown said...

Saranan penyajak kepada manusia

Raiso Store said...

Tq

Unknown said...

Tq..for it

Unknown said...

Apa maksud berkudrat

Anonymous said...

thank you so much soooo helpful

Unknown said...

Thank you so much and very helpful

Unknown said...

Kepentingan tak de ke

Unknown said...

Nicer.. i know a lot now :)

Top-Up Cart said...

Mantap jiwa

Anonymous said...

Penjelasan sangat membantu. Terima kasih.

Anonymous said...

Sangat membantu

Anonymous said...

Bertulang