Pak Saidi bersama Adnan solat Asar setelah bekerja keras membersihkan dusun. Adnan ingin tahu sebab dusun mereka bersebelahan kubur. Pak Saidi memberitahu perkuburan lama tenggelam, lalu dia mewakafkan sebahagian dusunnya sebaagai tapak baharu. Adnan berpendapat kedudukan dusun mereka lebih selamat di situ, tetapi Pak Saidi tidak kisah jika sesiapa sahaja datang mengambil buah-buahan kerana ia amalan sedekah yang bakal menggandakan rezeki (buah lebih lebat).
Perbualan beralih kepada jurai keturunan Minangkabau mereka. Moyang mereka bernama Alang berasal dari pagar Ruyung lalu menetap di Naning, Melaka. Dia menyertai Penghulu Dol Said menentang Inggeris yang kali pertama dibantu oleh Rembau dan Seri Menanti, tetapi kali kedua Inggeris licik memperoleh sokongan Rembau dan Seri Menanti. Alang berundur setelah Dol Said ditipu oleh Inggeris. Cucu Alang yang bernama Kahar bergelar Datuk Siamang Gagap menentang Inggeris di Bukit Putus. Inggeris dibantu oleh Datuk Kelana Sungai Ujung menyebabkan beliau berundur ke Juaseh. Pak Saidi salah seorang anak Kahar. Penentangan tetap diteruskan, tetapi secara politik dan perundingan menuntut kemerdekaan.
Sinopsis Bab 5: Harapan Seorang Ibu, muka surat 28 - 35
Mak Milah menyambut Pak Saidi ketika ketiga-tiga anak lelaki mereka sedang leka bermain. Mereka berbalas kata gurauan sebentar sebelum memanggil anak makan tengah hari. Sambil makan, Pak Saidi memberi nasihat. Adnan meluahkan hasrat untuk bersekolah. Pada sebelah petang, setelah membawa balik ikan tangkapan di petak sawah, Pak Saidi berbual dengan Mak Milah tentang rancangannya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi berjaya meyakinkan isterinya yang ragu dengan pendidikan Inggeris dan pandangan serong orang kampung.
Pak Saidi perlu berjumpa guru besar berbangsa Inggeris dahulu untuk soal siasat sebelum Adnan diterima. Pak Saidi menggunakan bantuan guru Melayu di sekolah itu (Cikgu Nazri).Adnan sangat gembira.
Sinopsis Bab 6: Guru Besar Steward, muka surat 36 - 42
Cikgu Nazri berpesan supaya Pak Saidi bercakap elok-elok dengan Guru Besar Steward, 40-an. Pak Saidi harus menahan sabar kerana Steward suka menyindir kelemahan dan kemiskinan orang Melayu. Setelah berpuas hati Pak Saidi tidak membenci Inggeris, adnan diterima dengan syarat berpakaian baharu. Pak Saidi langsung singgah di pekan Sungai Ramal membeli keperluan persekolahan Adnan.
Usai solat Subuh, Adnan berdoa supaya keluarga mereka kuat menghadapi tohmahan orang kampung. Cikgu Nazri kagum kerana Pak Saisi sanggup menghantar Adnan dengan berbasikal walaupun jaraknya jauh. Pada sebelah malam Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran.
Perbincangan
Watak dan Perwatakan
1) Adnan: patuh / taat, menuruti kehendak bapa belajar di sekolah Inggeris
2) Pak Saidi: berpandangan jauh / berwawasan: sentiasa berfikir tentang masa hadapan anak, serta
tidak suka mengehohkan sejarah keluarga kerana mungkin dieksploitasi tali barut Inggeris.
3) Mak Milah: setia / penyayang, sentiasa melayan suami dengan mesra / menghormati pendapat suami
4) Cikgu Nazri: setia kawan, membantu Pak Saidi berjumpa Guru Besar Steward sambil memberikan saranan penting
5) Guru Besar Steward: angkuh, memandang rendah keupayaan orang Melayu / secara terang-terangan menyindir kemiskinan Pak Saidi
6) Alang / moyang Pak Saidi (menerusi cerita Pak Saidi): jati diri, enggan menyerah kalah kepada Inggeris walaupun tewas angkara tali barut penjajah Inggeris
Latar Masyarakat
Masyarakat yang patuh / taat / setia
Masyarakat yang berpandangan jauh
Masyarakat yang angkuh
Nilai
Kepatuhan / ketaatan / kesetiaan
kesetiakawanan
kasih sayang
Persoalan
Kepatuhan / ketaatan / kesetiaan kepada pemimpin keluarga
Kesetiakawanan dalam persahabatan
Kasih sayang dalam keluarga
Pengajaran
Kita hendaklah patuh / setia / taat kepada pemimpin keluarga
Kita hendaklah setia kawan dalam persahabtan
Kita hendaklah menyaynagi keluarga
Latar tempat
Rumah Pak Saidi
Dusun durian Pak Saidi
Pejabat Guru Besar Steward
Latar masa
Waktu makan tengah hari / menghadap hidangan: Pak Saidi memberi nasihat tentang kepentingan pendidikan agama dan berlatih silat
Selepas menunaikan solat Subuh: Adnan bersiap sedia untuk ke sekolah dengan penuh semangat
Pagi sebelum waktu persekolahan bermula: Pak Saidi menghantar Adnan bertemu Cikgu Nazri
Perbincangan kbkk / kbat
1) Hasrat Pak Saidi mendaftarkan Adnan di sekolah Inggeris kurang disenangi oleh Mak Milah. Pak
Saidi juga terpaksa menahan sabar atas sindiran (provokasi) Guru Besar Steward demi
memperoleh izin Adnan bersekolah di situ.
Berikan pendapat anda tentang sikap Pak Saidi yang patut dicontohi oleh masyarakat sekarang.
2) Seseorang yang bijaksana akan memilih masa yang tepat untuk melakukansesuatu tindakan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan ulasan tentang pernyataan di atas.
No comments:
Post a Comment