Monday, January 5, 2015
SAJAK ‘GELANGGANG’ KOMSAS BAHARU TINGKATAN 4 (PRESERVE OUR HERITAGE)
Pengenalan
Buah tangan Onn Malini (Haji
Othman Mahali, 71, mantan guru besar) sepanjang 150 patah perkataan ini asalnya
daripada naskhah antologi Pohon Tradisi
terbitan Gapeniaga Sdn. Bhd. pada tahun 2012. Sajak ini puisi moden kedua
terpanjang dalam antologi ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ yang termuat pada
halaman 21 – 22. Sebagaimana tajuknya
yang hanya satu patah perkataan, sajak ini paling mudah difahami kerana
disampaikan tanpa penggunaan perlambangan atau unsur abstrak yang banyak.
Walaupun demikian, cabaran
pembelajaran sajak ini barangkali lebih terarah kepada aspek kemahiran berfikir
aras tinggi (kbat) dan unsur komsas tanpa mengabaikan maksud terperinci bagi
setiap rangkap. Sejak rangkap pertama lagi, pembaca sudah dapat mengagak bahawa
sajak ‘Gelanggang’ berbicara tentang pengisian kemerdekaan generasi sekarang
dari segi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, bersatu padu dan
menangkis ancaman demi menuju kecemerlangan. Baris sajak sengaja dikekalkan
sebagaimana dalam antologi walaupun mungkin sesetengah baris masih boleh
bersambung lagi atas sebab saiz muka surat antologi.
Rangkap 1
Ini
gelanggang kita
yang diwariskan oleh
pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum
untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Malaysia ialah tanah air sebagai
pusaka peninggalan generasi pejuang kemerdekaan negara lebih 50 tahun yang lalu.
Kaum-kaum utama ketika itu (Melayu, Cina, India), kemudian disertai oleh
pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak telah bermuafakat dan bersetuju (menerusi
kontrak sosial dan perlembagaan) tentang kemerdekaan negara. Maka, generasi yang
kemudian hendaklah akur tentangnya.
Rangkap 2
Hari
ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang
inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara
gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan
kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat
menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Generasi sekarang sedang
mengecapi dan menikmati hasil pengorbanan serta perjuangan nenek moyang mereka.
Keamanan dan kemakmuran negara yang
bergantung kepada perpaduan rakyat jelata hendaklah dijaga dengan teguh lagi
ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kedaulatan negara mesti dilindungi daripada
sebarang ancaman musuh bagi menjamin kelangsungan dan kesinambungan perpaduan
yang telah terbina sekian lama.
Rangkap 3
Para
pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan
maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan
sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa
kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain
api kelak membinasakan diri sendiri.
Generasi muda berjiwa merdeka
hendaklah sanggup melawan ancaman tuduhan melulu yang berniat jahat jika mahu
menjaga martabat bumi bertuah yang sangat dicintai ini. Seruan yang berbaur
kebencian, permusuhan dan hasutan bagi menimbulkan kegelisahan atau ketakutan
dalam kalangan masyarakat, melemahkan dan membakar perasaan hendaklah ditolak
tanpa tolak ansur. Semua pihak hendaklah tidak cuba membakar perasaan yang
berpotensi menggugat kerukunan masyarakat.
Rangkap 4
Marilah
pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan
sesama sendiri.
Penyajak menyeru agar generasi
yang mencintai negara memperteguh jalinan perpaduan. Perbalahan sesama sendiri
(walaupun memang wujud perbezaan latar belakang dan pendapat) hendaklah
dijauhi.
Rangkap 5
Kitalah
pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada
arena
terus memacu kejayaan
demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara
bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Generasi sekarang sebagai
penerima pusaka kemerdekaan negara menggalas kepercayaan supaya usaha membawa
negara mendaki puncak jaya sentiasa kesampaian. Proses itu hendaklah sentiasa
dipastikan berlaku bagi menjaga nama baik dan sebagai lambang sebuah negara
yang dibanggakan. Tugas memajukan tanah air sebagai negara bangsa yang sentosa
lagi disegani hendaklah dipikul dan dilaksanakan seumur hidup.
PERBINCANGAN
Tema
…
Nilai
…
…
…
Persoalan
…
…
…
Pengajaran
…
…
…
Contoh soalan aras petikan
…
…
…
Contoh soalan aras kbkk / kbat
…
…
…
Contoh soalan aras komsas
…
…
…
Saranan cara belajar sajak
“Gelanggang’
…
…
…
Saranan aktiviti pembelajaran di
bilik darjah
…
…
..
Penutup dan kesimpulan
…
…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment