SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, January 8, 2015

PENGENALAN NOVEL 'LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA' TEKS KOMSAS TINGKATAN 4 (THE STORY OF A SKILLED MALAY WARRIOR)

Butiran am

Novel 'Leftenan Adnan' ialah teks komsas bagi murid Wilayah Persektuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bahagian penceritaan novel merangkumi 35 bab yang diberikan judul setiap satunya. Tiada sebarang ilustrasi di bahagian berkenaan yang berjumlah 358 muka surat.

2  Terdapat lampiran bergambar dari muka surat 360 - 372, termasuk potret hitam putih Leftenan Adnan sendiri. Selain itu, tersedia dua halaman glosari (374 - 375) yang berkisar terhadap istilah ketenteraan. Pengarang juga mencatat senarai rujukan pada halaman terakhir.

3    Harga senarai naskhah Leftenan Adnan edisi murid ialah RM18.90. Walaupun murid memperoleh skim pinjaman buku teks, tiada salahnya membeli naskhah tambahan, terutamanya murid yang tinggal di asrama.

4  Teknik penceritaan novel Leftenan Adnan ialah sudut pandangan orang ketiga, iaitu kisah disampaikan oleh pengarang. Sebagai sebuah novel sejarah, hampir keseluruhan novel ditulis secara naratif (pengkisahan) dan dialog. Teknik monolog boleh dikatakan tiada.

5    Novel Leftenan Adnan sarat dengan maklumat walaupun mungkin murid berasa khuatir tidak dapat mengingati begitu banyak fakta peristiwa, watak dan tempat. Bagi meredakan kekhuatiran itu, ikhlaskan diri membaca novel tebal berkenaan, sambil menikmati pembacaan yang santai. Insya-Allah, menerusi bimbingan guru berpengalaman, novel Leftenan Adnan menjadi bacaan yang mudah, ringan, menimbulkan rasa teruja dan memupuk jati diri yang mendalam.

Biodata pengarang
(kunjungi blog beliau di sini).
gambar profil laman blog pengarang

Abdul Latip bin Talib, 61, anak Rembau tetapi kini menetap di Jelebu, Negeri Sembilan. Kini, beliau penulis residen PTS Fortuna, sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air, milik Ainon Mohamad. Abdul Latip dikenali lewat novel-novel sejarah beliau (klik di sini). Novel sejarah Islam beliau berjaya menembusi pasaran negara Brunei yang begitu ketat peraturannya. Pak Latip Juga tidak sunyi daripada kecaman terhadap kesahihan fakta dalam karya novel sejarah beliau (klik di sini). Sejak berkecimpung dalam dunia penulisan pada tahun 1999, Pak Latip telah menghasilkan 50 buah novel, termasuk siri novel sejarah Islam terbitan PTS berjumlah 30 naskhah semuanya. Novel 'Leftenan Adnan' edisi murid ini juga berunsur sejarah dan dilesenkan oleh PTS kepada Mika Cemerlang Sdn. Bhd. selaku penerbit rasmi untuk teks novel komsas tingkatan empat wilayah selatan Semenanjung.

Tema

...

Watak utama

...

Perwatakan watak utama

...

Latar masa

...

Latar tempat

...

Sinopsis Bab 1: Darah Pahlawan

Novel bermula dengan watak zaman kanak-kanak Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya, Pak Saidi sambil menikam batang pisang. Dialog pertama terpacul daripada mulut Pak Saidi. Adnan mendesak Pak saidi mengajarnya bersilat kerana mahu mencontohi Hang Tuah. Pak Saidi pura-pura tidur apabila sengaja membiarkan pertanyaan Adnan tentang keturunan mereka sebagai pahlawan (Saidi cucu Datuk Siamang Gagap, penentang Inggeris di Seri Menanti, Negeri Sembilan).

Setelah Adnan terlena, Pak Saidi berbual dengan isterinya, Mak Milah. Perbualan berkisar tentang perubahan zaman ke arah pencapaian pendidikan dan kebendaan, berbanding dengan kepahlawanan. Mak Milah mahu tiga orang anak mereka menjadi orang biasa sahaja, bukan buruan Inggeris. Pak Saidi meyakinkan Mak Milah bahawa anak mereka akan bersekolah, tetapi mesti berjuang demi bangsa, agama dan tanah air. Pembukaan maktab perguruan di Tanjung Malim yang mengambil pelajar terbaik sekolah rendah Melayu menarik perhatian pasangan suami isteri itu. Kemudian mereka beralih kepada isu kemiskinan orang Melayu di tanah air sendiri yang kaya dengan sumber bumi, tetapi dijarah oleh penjajah belaka. Pak Saidi meluahkan rasa kesal kerana kejatuhan kesultanan Melaka yang bertapak selama 110 tahun berpunca daripada daripada angkara adu domba, fitnah dan perpecahan sesama orang Melayu. Pak Saidi menjelaskan bahawa dia sengaja merahsiakan keturunannya kerana tidak mahu menjadi buruan Inggeris, dipandang serong dan disisihkan.

Perbincangan Bab 1

Nilai

i)  Berwawasan / bercita-cita tinggi: Adnan mahu mencontohi legasi kepahlawanan Hang Tuah.

ii)  Patriotik / semangat cinta negara:  Pak Saidi sering mengulang-ulang kisah perjuangan pahlawan
                                                             Melayu terbilang seperti Dol Said, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Janggut.

iii)  Berterus terang:  Mak Limah berani menyuarakan perbezaan pendapat dengan suaminya tentang hala tuju anak mereka.

Latar masyarakat
(gunakan huraian yang sama seperti di atas)

i)  Masyarakat yang berwawasan / bercita-cita tinggi

ii)  Masyarakat yang patriotik / cinta negara

iii)  Masyarakat yang berterus terang

Pengajaran

i)  Kita hendaklah mempunyai wawasan / bercita-cita tinggi

ii)  Kita hendaklah memiliki semangat cintakan negara / patritik

iii)  Kita hendaklah berterus terang apabila perlu.

Contoh soalan aras komsas

...

...

Contoh soalan aras kbkk / kbat

...

...

Penutup dan saranan

...

...



No comments: