SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, January 14, 2015

CARA MENGHURAIKAN ALIRAN FIZIKAL, ALIRAN WANG (NOT REALLY OPEN ESSAY BUT CONCEPTUAL RELATIONSHIP)

Tugasan soalan:

Huraikan aliran fizikal dan aliran wang berdasarkan model aliran pusingan pendapatan dalam sesebuah ekonomi. (10 markah)

Analisis kehendak soalan:
1)  Tiada gambar rajah diperlukan, hanya huraian deskriptif
2)  Liputan hingga ekonomi 4 sektor (terbuka)
3)  Pelaku ekonomi: isi rumah, firma, kerajaan, sektor luar negara
4)  Aktiviti ekonomi: jual beli faktor, barang dan perkhidmatan (aliran fizikal)
                                 : bayaran sebagai perbelanjaan dan pendapatan  (aliran wang)
                                 :  perbelanjaan penggunaan, tabungan (isi rumah)
                                 :  perbelanjaan pelaburan (firma, institusi kewangan)
                                 :  perbelanjaan kerajaan, cukai  (kerajaan)
                                 :  pendapatan eksport, perbelanjaan import (sektor luar negara)

Contoh esei:

Aliran fizikal merujuk kepada pergerakan barang dan perkhidmatan, serta pergerakan faktor pengeluaran antara pelaku ekonomi. Aliran wang pula merujuk pergerakan perbelanjaan dan pendapatan yang berlaku antara pelaku ekonomi.

Isi rumah ialah pelaku ekonomi yang memiliki faktor buruh, tanah, modal dan usahawan. Faktor dijual di pasaran faktor kepada firma. Maka, berlaku aliran fizikal.

Sebagai balasan, firma akan membuat bayaran dalam bentuk upah, sewa, bunga dan untung kepada faktor. Firma melakukan perbelanjaan (sebagai kos pengeluaran), manakala isi rumah menerima pendapatan. Di sini, berlaku aliran wang.

Firma menggabungkan faktor pengeluaran bagi menjalankan pengeluaran barang dan perkhidmatan yang kemudiannya dijual di pasaran barang kepada isi rumah. Berlaku aliran fizikal.

Isi rumah membayar harga barang dan perkhidmatan dalam bentuk perbelanjaan penggunaan. Kepada firma, bayaran yang diterima ialah pendapatan. Maka, berlaku aliran wang.

Dalam keadaan sebenar, tidak semua pendapatan isi rumah dibelanjakan. Bahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan itu ditabungkan dalam institusi kewangan. Tabungan yang diterima itu akan digunakan sebagai perbelanjaan pelaburan oleh institusi kewangan kepada firma. Berlaku aliran wang.

Kerajaan akan mengutip cukai daripada isi rumah dan firma. Cukai yang diterima merupakan pendapatan atau hasil kerajaan yang akan digunakan untuk perbelanjaan kerajaan kepada isi rumah dan firma. Misalnya, kerajaan berbelanja untuk menyediakan barang dan perkhidmatan awam yang akan memaksimumkan kebajikan isi rumah, serta memudahkan proses pengeluaran oleh firma.  Berlaku aliran wang.

Dalam sebuah ekonomi terbuka, atau ekonomi empat sektor terdapat pelaku sektor luar negara yang menjalankan kegiatan eksport dan import. Eksport bermaksud aktiviti menjual barang dan perkhidmatan kepada sektor luar negara. Import ialah aktiviti membeli barang dari sektor luar negara. Berlaku aliran fizikal.

Terimaan bayaran eksport daripada sektor luar negara merupakan pendapatan negara, manakala bayaran import kepada sektor luar negara ialah perbelanjaan negara. Berlaku aliran wang.

Catatan:

Jawapan hendaklah menggunakan konsep atau pemboleh ubah yang berkaitan sahaja, tiada unsur pendapat atau idea bebas seperti dalam penulisan karangan biasa atau popular.

No comments: