Tuesday, January 20, 2015
PELAJAR MASIH MENIRU AKSI GURU? (LEARNING BY IMITATION)
Pengaruh yang baik merupakan antara tujuan pendidikan yang penting. Dalam era maklumat di hujung jari dan masa sebenar kini, generasi muda mempunyai akses pengetahuan terkini pada bila-bila masa. Maka, cara mereka berfikir dan bertindak tidak lagi semata-mata bersandarkan input pembelajaran di bilik darjah.
Walaupun harus bersaing hebat dengan pelbagai punca pengaruh, pendidikan di sekolah masih mendapat kepercayaan yang tinggi. Di samping jaminan keselamatan secara fizikal, ibu bapa meletakkan harapan agar anak mereka beroleh bimbingan tentang amalan terbaik dan nilai murni dalam kehidupan. Reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah juga lebih autentik di tangan para guru yang memiliki latar belakang pencapaian akademik dan ikhtisas yang kukuh.
Memandangkan guru bukan lagi sebagai rujukan tunggal yang dominan, maka peranan merela lebih menjurus kepada pemudah cara. Guru membimbing pelajar mengakses, meneroka dan merorganisasi maklumat yang sah dan boleh dipercayai. Guru juga bertanggungjawab bagi mentadbir instrumen pentaksiran bagi mengukur dan menilai pencapaian pembelajaran.
Pengalaman pembelajaran di sekolah juga menjangkau kemahiran insaniah dan kepintaran kumpulan. Pelajar memiliki kesempatan optimum bagi mengembangkan segala bakat, potensi dan fakulti yang ada dalam diri masing-masing. Guru sebagai ahli ikhtisas memang sudah mantap dengan ilmu falsafah, psikologi, sosiologi dan sebagainya bagi menggilap kebolehan yang mungkin tidak disedari oleh tuan punya badan sendiri.
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment