SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, January 25, 2015

PROSES PEMBARATAN BELUM BERAKHIR (ADMIRING THE FORMER COLONIAL MASTER)

Sejarah penjajahan yang panjang turut meninggalkan kesan psikologi kepada penduduk negara yang dijajah. Misi 3G's iaitu gold, glory, gospel (harta kekayaan, kemegahan dan agama Kristian) yang dibawa oleh penjajah Barat bersifat jangka panjang. Sebagai contoh, di Indonesia, jumlah penganut Kristian telah mencecah angka 30 juta orang atau 10 peratus penduduk negara umat Islam teramai di dunia itu.

Korea Selatan menunjukkan arah aliran yang lebih mendadak dengan nisbah penduduk majoriti. Muzik dan perfileman mereka juga jelas mengadaptasi citra Barat. Jati diri generasi muda terhadap warisan tradisi tempatan kian pudar dan terhakis sedikit demi sedikit.

Penyakit yang dideritai oleh penduduk negara bekas jajahan yang mengkagumi segala yang berkaitan dengan kaum imperialis sudah menjadi wabak yang sukar untuk disembuhkan. Status sebagai pemenang perang dunia kedua yang membolehkan Barat menguasai organisasi sedunia melonjakkan darjah kekaguman tersebut ke tahap melampau. Atas nama globalisasi, Barat memperkenalkan pelbagai program yang menjerat negara bekas jajahan.

Kajian ekonomi pembangunan menghuraikan model paradigma palsu sebagai lanjutan kekaguman terhadap bekas penjajah Barat. Pemimpin yang mendapat pendidikan Barat cuba meniru model pembangunan Barat seperti kesan menitik ke bawah (trickling down effect) dan lonjakan besar (big push) dalam pelaksanaan dasar ekonomi makro negara masing-masing. Kononnya dengan mewujudkan segelintir orang kaya (baca: kapitalis, pemodal) akan menolong orang miskin memperoleh pekerjaan dan pendapatan.

Barat berjaya menjaja idea bahawa segala kemajuan dalam semua bidang dipelopori oleh mereka. Hakikat bahawa benua Eropah pernah berada dalam zaman gelap sekian lama sebelum muncul revolusi industri dan zaman pencerahan tidak begitu ditonjolkan. Barat berhutang dengan masyarakat Timur yang terlebih dahulu unggul dari segi peradaban dan ilmu pengetahuan.

Kelemahan pemimpin sebelah timur yang suka berfoya-foya dan hidup mewah diambil kesempatan sepenuhnya oleh Barat untuk memasukkan pengaruh mereka dalam segenap bidang kenegaraan, budaya, perundangan dan pemerintahan. Penentangan keras gereja terhadap cendekiawan dan saintis di Barat telah memunculkan fahaman sekular dan hedonisme. Kedua-dua fahaman itu turut diindoktrinasikan ke dalam pemikiran masyarakat timur sehingga mereka sanggup menjadikannya sebagai teras perlembagaan negara.

Kelab negara-negara kaya memaksakan pelbagai bentuk perjanjian perdagangan yang melemahkan kuasa tawar-menawar blok ekonomi timur dalam jangka panjang. Isu lambakan dan sekatan perdagangan dilakukan dengan begitu licik. Negara-negara blok timur pula berjaya dihasut supaya berpecah belah dan saling mencurigai.

Kita berdoa agar Malaysia terselamat daripada agenda tersembunyi Barat atas nama demokrasi dan hak asasi. Gerakan fahaman liberal atau moderat yang berpaksikan perspektif Barat (value free) yang mendapat dukungan media cetak berbahasa Inggeris tertentu sangat berbahaya terhadap institusi nilai yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita sekian lama. Bukanlah semua yang datang dari Barat itu buruk belaka, dan yang datang dari Timur itu baik belaka, tetapi dalam banyak perkara, Barat kelihatan dengan jelas mahu meneruskan penaklukan mereka ...

No comments: