Sinopsis
3 Februari 1942
Jepun melancarkan serangan mengejut dengan 13,000 orang tentera elit ke atas kedudukan tentera berikat. Yamashita juga memerintahkan tangki simpanan minyak tentera British di pelabuhan tentera laut Singapura diletupkan. Tentera udara diraja Australia di Sembawang juga terpaksa berundur ke Palembang, Sumatera. Dua buah kapal pengangkut British juga berjaya ditenggelamkan.
Markas Jepun dipindahkan ke istana Bukit Serene kerana yakin British tidak akan menyerang pusaka Sultan Johor itu. Keengganan Percival mematuhi arahan membina kubu di utara Singapura memudahkan kemaraan Jepun. Serangan balas British dilakukan dari lapangan terbang Saribun, tetapi akhirnya terpkasa berundur juga ke Palembang. Briged ke-22 tentera Australia juga tewas di pantai Saribun.
Yamashita mengambil kesenpatan daripada kelemahan kawalan, komunikasi dan pentadbiran tentera berikat untuk menggempur kedudukan tentera Australia di garisan Keranji-Tambak Johor. Ketika Jeneral Nashimura panik kerana masalah air surut mendadak, Yashimura menghantar bantuan untuk memaksa tentera Australia berundur. Kereta kebal Jepun yang berjaya mendarat telah berjaya mengusir tentera India ke Bukit Timah.
Menjelang pagi di Jurong, Jepun menyerang askar Melayu yang ditinggalkan oleh tentera India yang berundur apabila bilangan askar Jepun semakin banyak. Walaupun berjuang habis-habisan, askar Melayu juga terpaksa berundur. Percival nyaris terkena serangan bom di markas Jalan Holland. Briged India ke-44 pula lari lintang-pukang apabila bertembung dengan askar Jepun di Keranji-Jurong. Menyedari bekalan peluru yang semakin menyusut, Yamashita menggunakan taktik menulis surat kepada Percival supaya menyerah kalah, tetapi ditolak.
Yamashita memerintahkan serangan pada waktu malam dengan pedang dan bayonet dan berjaya membunuh askar India dan Australia. Semangat askar yang masih hidup segera luntur dan lebih suka pulang ke tanah air mereka. Maka, hanya askar Melayu terus berjuang mempertahankan tanah air. Askar Melayu berlindung di kubu ketika serangan Jepun pada waktu malam. Hospital tentera musnah dengan 700 orang askar India terkorban. Tentera Gurkha dan pasukan meriam British di Bulit Timah tewas. Pengalaman tentera Jepun berperang di China digunakan bagi melemahkan tentangan British.
Tinggal Bukit Candu dan pasir Panjang sebagai benteng terakhir bagi menyelamatkan pangkalan utama Alexandra. Tanggungjawab digalas oleh kapten Rix dan Leftenan Adnan setelah Percival enggan mengaku kalah. Rix ragu-ragu, tetapi Adnan berjanji akan bertahan hingga ke titisan darah terakhir.
Watak dan perwatakan
Jeneral Yamashita: tangkas, cepat bertindak bagi mengatur strategi peperangan, mengambil kesempatan atas kelekaan tentera British dan menggunakan taktik perang psikologi dengan mengutus surat ketika bekalan peluru Jepun susut.
Jeneral Percival: tegas, enggan menyerah kalah begitu sahaja kepada Jepun, sebaliknya mengatur strategi untuk terus mengukuhkan pertahanan British.
Leftenan Adnan: patriotik, sedia meneruskan perjuangan mempertahankan tanah air walaupun berhadapan dengan kekurangan anggota tentera, senjata dan logistik.
Kapten Rix: pesimis, ragu-ragu dapat menghalang kemaraan askar Jepun berdasarkan kebanyakan kedudukan British telah tewas.
tentera upahan Gurkha dan India: mudah mengalah, lari meninggalkan kedudukan setiap kali terdesak dengan asakan askar Jepun. sanggup meninggalkan rejimen askar Melayu bersendirian melawan Jepun.
Latar masyarakat
Masyarakat yang tangkas
Masyarakat yang tegas
Masyarakat tentera upahan asing
Nilai
ketangkasan
ketegasan
kesetiaan
Persoalan
ketangkasan dalam tindakan
ketegasan dalam menyatakan pndirian
kesetiaan terhadap tanah air
Pengajaran
kita hendaklah tangkas dalam merancang tindakan
kita hendaklah tegas dalam menyatakan pendirian
kita hendaklah setia terhadap tanah air
Latar tempat
Istana Bukit Serene
Medan pertempuran Keranji-Jurong
Pangkalan tentera Bukit Candu
Latar masa
Malam pertempuran berhadapan
Pagi pergerakan tentera Jepun
3 Feberuari 1942
Perbincangan kbkk / kbat
...
...
...
No comments:
Post a Comment