Kegusaran tentang kemungkinan pemanasan global kini sudah tidak kukuh lagi (klik di sini). Ramalan tentang proses pencairan bongkah ais di benua sepi Antartika sebaliknya berubah kepada penurunan aras air laut justeru pembentukahan bongkah ais yang baharu menyerap sebahagian air laut. Hal itu bermakna bahawa teori kesan rumah hijau dan fenomena rumah kaca kembali terbuka kepada hujah dan perdebatan berasaskan penyelidikan terkini.
Pergerakan arus sejuk dari hemisfera utara, misalnya wilayah Siberia di Russia menuju ke selatan mengakibatkan negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia turut terkena tempias suhu sejuk yang luar biasa walaupun secara berbanding belum mencatat bacaan di bawah 15 darjah celcius. Saerah Kuala Krai, Kelantan pernah mencatat bacaan suhu minimum 17 darjah celcius sebelum ditimpa bencana banjir baru-baru ini. Pakar kaji cuaca (metereologi) dan geografi meramalkan daerah berkenaan sekali lagi akan mengalami keadaan yang sama.
Daerah berdekatan seperti Besut dan HuluTerengganu, serta seluruh negeri Kelantan dan Terengganu juga dijangka mencatat bacaan suhu minimum antara 19 hingga 20 darjah celcius (klik di sini).
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment