SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, October 15, 2010

PEMANSUHAN PTK MELEGAKAN SIAPA? (NEW TOOL TO ASSESS CIVIL SERVANT'S PERFORMANCE)

Kuala Lumpur, Jumaat: 15.10.10 /7 Zulkaedah 1431

Pengumuman tentang pemansuhan PTK oleh Perdana Menteri dalam usul belanjawan (bajet) di parlimen petang tadi barangkali menguntungkan kumpulan terakhir calon PTK dalam kalangan warga pendidik dan kakitangan sekolah N17 hingga DG44 yang akan dijalankan esok. Mungkin pihak kerajaan akan bermurah hati bagi memperuntukkan bilangan penerima anjakan gaji yang lebih ramai sebagai penutup muktamad PTK. Mudah-mudahan begitulah.
PTK akan dimansuhkan berkuat kuasa mulai bulan Jun 2011. Pemansuhan PTK bukanlah bererti kakitangan awam boleh goyang kaki tanpa perlu meningkatkan kompetensi kerja, profesionalisme dan sistem penyampaian kepada  sekalian masyarakat yang merupakan pembayar cukai. Kakitangan awam harus ingat bahawa segala emolumen (gaji, elaun, tuntutan) mereka dibiayai menerusi kutipan cukai langsung dan tidak langsung yang datang daripada masyarakat (isi rumah) sebagai pemilik faktor (buruh, tanah, modal, usahawan).

Walaupun PTK dimansuhkan, akan ada pula instrumen penilaian prestasi yang baharu. Sudah tentu pihak-pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs, yang dikuasai kumpulan sokongan) dan pakar akan dipanggil berbincang dalam sesi meja bulat bagi memperincikan cadangan dan maklum balas. Kertas kerja asas mungkin sekali disediakan terlebih dahulu oleh pihak JPA yang lebih arif tentang tatacara menilai kakitangan awam, selain mengunjurkan implikasi kewangan jika instrumen yang dipilih hendak dilaksanakan.

PTK ialah sebahagian daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang memberi peluang kepada kakitangan awam memperoleh anjakan gaji dan laluan pantas naik pangkat menerusi kursus, peperiksaan dan permohonan. Di samping itu, setiap jabatan kerajaan (termasuk sekolah) diberi peluang mencalonkan sehingga 8 peratus kakitangan mereka untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) saban tahun. SSM menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menawarkan pergerakan gaji melintang, menegak dan mendatar berpandukan markah yang diperakukan oleh jabatan masing-masing.

Sebelum SSB dan SSM diperkenalkan, gaji kakitangan awam ditadbirkan menerusi skim gaji Aziz. Setiap kakitangan awam akan berpeluang melompat bar (kenaikan dua mata gaji) sebanyak dua kali dalam tempoh perkhidmatan yang ditetapkan. Namun, pada ketika itu tiada elaun khidmat awam, elaun perumahan, atau bantuan sara hidup (Cola) secara bulanan.

Hakikatnya sukar untuk mengatakan bahawa mana-mana sistem itu baik sepenuhnya, atau buruk sepenuhnya.  Sesuatu sistem gaji dan penilaian prestasi mungkin menguntungkan sesetengah kalangan, tetapi merugikan sesetengah kalangan yang lain. Untung dan rugi yang dimaksudkan itu pula bersifat subjektif, iaitu bergantung kepada pendirian dan sudut pandangan yang dipengaruhi oleh sikap dan tahap intelektual masing-masing.

Bagi kakitangan yang memiliki kemahiran interpersonal yang baik, misalnya rapport yang baik dengan pihak atasan mungkin beruntung dengan SSB. Sebaliknya, si ulat buku atau penggemar peperiksaan bertulis mungkin lebih beruntung dengan SSM. Andaian serkap jarang seperti nasib baik, cabutan bertuah, sistem kuota dan sebagainya hanyalah cakap-cakap bertaraf gosip yang tidak disokong dengan bukti.

Secara peribadi, penulis blog (PB) beruntung dengan SSM justeru telah dua kali mendapat anjakan (41, 44). Cadangannya hendak duduk PTK seterusnya (48) awal tahun hadapan. Nampak gayanya kena tunggu pengumuman instrumen yang terkini daripada JPA.

Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi perlu disokong oleh modal insan minda kelas pertama. Elemen inovasi dan kreativiti yang dijana menerusi kegiatan penyelidikan perlu diperhebat. Semoga kakitangan awam yang inovatif dan kreatif, serta menyumbang terhadap kecekapan sistem penyampaian akan diberi merit khas dalam sistem penilaian prestasi yang baharu kelak...

2 comments:

Anonymous said...

Being a civil officer in a technical area for more than 20 years, I wonder whether this new system will work. I also wonder why the evaluation system keeps changing every now and then. Sometime I wonder why very young PTD's officers can simply overtake me in just three years of their services. And I keep wondering whether, am I too bad or just a bad luck.

cikgu azhar said...

PTD is the play maker beside politicians in power, while other civil servants are merely the chesspieces. So, it's hard to compare the two different status quos...