SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, January 12, 2015

PELAJAR TINGKATAN ENAM MASIH BERPAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (AVOIDED OF BEING ODD: A SOCIAL AWKWARD EXPERIENCE)

Walaupun Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan pekeliling bagi membenarkan pelajar prauniversiti tingkatan enam berpakaian kasual yang rasmi dan sopan, didapati bahawa pada hari pertama persekolahan tahun 2015, perubahan yang disarankan itu tidak menjadi kenyataan. Jika penampilan pelajar tingkatan 6 SMK St. Michael, Ipoh boleh digeneralisasikan sebagai populasi, maka jelas bahawa persekitaran murid aliran perdana mempengaruhi keputusan mereka. Pelajar yang ditemui memberikan alasan bahawa mereka khuatir bahawa kemungkinan tiada pelajar lain berbuat demikian, lalu mereka akan berasa sangat janggal dan kekok.

Sebahagian guru yang ditemui juga berasa lega kerana buat sementara waktu ini, perubahan yang bersifat mendadak belum berlaku di sekolah. Barangkali jika pelajar tingkatan enam rendah yang bakal mendaftar pada awal bulan Mei nanti, warga sekolah yang lain telah bersedia kerana telah menerima makluman lebih awal. Tambahan pula, pelajar tingkatan 6 Atas telah menyediakan persalinan pakaian seragam sekolah dalam jumlah yang banyak.

Terdapat juga pelajar yang tidak menyedari perubahan peraturan pakaian, namun mengatakan mereka juga tidak bersedia untuk berpakaian kasual ketika ini. Pendek kata, pelajar tingkatan enam atas seakan-akan telah bersepakat bagi mengekalkan status quo.

...

...

...

...

...

1 comment:

Jesmond Goh said...

It's very fantastic👏🏻👏🏻It help me a lots.