SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

TEKS UCAPAN MAJLIS PERSARAAN PENGETUA, GURU BESAR, GURU (WONDERFUL FAREWEL ORATION FOR COLLEAGUE)



Teks ucapan persaraan di bawah ialah ubahsuaian daripada ucapan Encik Phoon Chong Chee, pengetua SMK St. Michael, Ipoh beberapa tahun yang lalu. Namun, format penyampaian dan idea ucapan beliau masih relevan dengan persekitaran pendidikan semasa. Terima kasih Encik Phoon Chong Chee kerana sudi berkongsi input yang penting ini.

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan selamat pagi
Terima kasih pengacara majlis
Yang Berusaha Penolong Kanan
guru-guru kanan, guru,
tetamu-tetamu yang dihormati
dan warga SMK  _______________________________________, Ipoh sekalian

Secara peribadi saya sangat berterima kasih atas penganjuran majlis persaraan saya pada pagi ini. Saya juga berasa terharu dengan kehadiran tetamu kehormat, sahabat, serta tuan puan yang selama ini begitu banyak membantu dan menyokong saya dalam proses memberikan sentuhan kepimpinan dan pengurusan yang tepat kepada sebuah institusi pendidikan yang telah sekian lama memupuk pengalaman pembelajaran kepada generasi muda kita, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan _________________________________. Saya berasa yakin bahawa segala kekuatan, pencapaian dan tradisi yang telah diasaskan selama hampir 100 tahun yang lalu akan memacu SMK__________________________ mendaki puncak kejayaan yang lebih tinggi.  

Sepanjang tempoh ___ tahun saya berkhidmat di SMK _____________________________, saya telah melalui pengalaman perkhidmatan yang begitu menarik walaupun cabaran-cabaran yang muncul memerlukan saya membuat keputusan dan pertimbangan yang saksama, sejajar dengan segala kehendak pendidikan, serta pada akhirnya membawa manfaat kepada pelajar sekolah ini. Proses menyediakan modal insan minda kelas pertama menerusi pendidikan ialah agenda kepimpinan sekolah yang tidak boleh dikompromikan.


 Tuan-tuan dan puan-puan,

Antara ukuran kejayaan sesebuah sekolah ialah kepercayaan ibu bapa dan masyarakat, serta pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang, khususnya kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pada hari ini, saya ingin menyatakan perasaan lega saya kerana SMK _______________________ boleh disifatkan telah mencatatkan kejayaan demi kejayaan yang diharapkan. Saban tahun pasti ada pelajar yang menonjol dan boleh dibanggakan, walaupun pihak sekolah masih berusaha membantu kumpulan pelajar yang dikenal pasti memerlukan perhatian dan tumpuan yang khusus.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memungkinkan SMK _____________________________ mencapai kejayaan demi kejayaan. Saya berasa terhutang budi dengan semua guru yang sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dan mengasihi pelajar kita, kepada PIBG yang sentiasa bersedia menghulurkan sokongan, kepada persatuan bekas pelajar yang begitu mengambil berat terhadap alma mater mereka, kepada Lembaga Pengelola Sekolah yang sentiasa mencari jalan terbaik demi kemajuan sekolah.  Kerjasama dan sokongan yang diberikan telah meletakkan SMK __________________________ pada landasan pencapaian yang tepat.

Tidak dilupakan juga ialah bantuan, sokongan dan sumber yang dihulurkan oleh pihak berkuasa pendidikan, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara. Demikian juga kepada kepimpinan kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan yang prihatin terhadap keperluan sekolah ini. Saya berharap bahawa segala kerjasama dan sokongan yang terjalin akan terus bertambah kukuh pada masa hadapan.

Hadirin yang dihormati,

Khusus buat guru-guru SMK ________________________, teruskanlah segala usaha, bakti dan sumbangan tuan puan sepanjang perkhidmatan demi kebaikan pelajar. Selaras dengan ikrar, etika dan kehendak profesion keguruan, berpeganglah kepada prinsip bertindak secara profesional. Di tangan tuan puan, martabat profesion keguruan dapat diangkat, dipelihara dan dipertahankan menerusi kod etika dan tingkah laku yang dijadikan amalan sebagai ahli ikhtisas.

Peranan tuan puan dalam menggembleng bakat, potensi dan fakulti dalam diri pelajar abad ke-21 ini lebih bersifat sebagai pemudah cara atau fasilitator, iaitu suatu perubahan peranan daripada sekadar penyampai ilmu pengetahuan semata-mata. Saya juga berharap tuan puan akan terus fokus terhadap segala objektif yang hendak dicapai.

Kepada pelajar SMK __________________________, serlahkan peranan anda sekalian supaya dapat merealisasikan potensi yang ada. Berbanggalah kerana anda ialah salah seorang daripada anggota keluarga besar SMK _____________________. Kalian sangat bertuah justeru memiliki segala kemudahan dan sumber pembelajaran yang terbaik di SMK __________________________.

Seterusnya kepada barisan pentadbir SMK ____________________________.
Saya berharap bahawa tuan puan akan terus melakukan segaya upaya bagi menyediakan ekosistem dan persekitaran sekolah yang selamat dan selesa supaya semua pihak yang berkepentingan, iaitu murid, guru, dan Lembaga Pengelola Sekolah, serta pentadbiran sekolah sendiri dapat bersama-sama menuju ke arah pencapaian visi dan misi SMK ___________________________________.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk melafazkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri, anak-anak dan seluruh anggota keluarga saya sendiri yang sentiasa memberi inspirasi dan sokongan yang sangat diperlukan dalam menyempurnakan tanggungjawab rasmi saya.  Barangkali sesenarai panjang lagi pihak yang tidak dapat saya sebutkan secara khusus dalam majlis ini sesungguhnya telah menjadi kekuatan kepada diri saya bagi menggalas segala tanggungjawab selama lebih tiga dekad bergelar sebagai penjawat awam.

Tuan puan, para tetamu dan sidang hadirin yang dikasihi.

Sebelum mengakhiri ucapan, izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas apa-apa jua kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang perkhidmatan saya, khususnya di SMK ___________________________. Yang baik jadikan teladan, yang tidak baik jadikanlah sempadan. Saya berharap bahawa hubungan baik dan komunikasi yang telah terjalin antara kita akan dapat dipanjangkan lagi walaupun saya secara rasminya akan mula bersara daripada perkhidmatan pelajaran mulai esok.

Sekian, terima kasih.  

5 comments:

tinta merah said...

Terima kasih, cikgu atas perkongsian bahan.

terataichiku said...

terima kasih atas perkongsian yang amat berguna. Banyak membantu saya

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian, saya rujuk untuk kegunaan saya.

Anonymous said...

terima kasih atas bahan

Unknown said...

Karangan ini membuat sy cemerlang dalam Bahasa malayu dn dpt Aplus