SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, December 3, 2011

AKHIR PERJALANAN SEORANG PENDIDIK BERJASA (ENTHUSIASTIC TEACHER EMBELLISHED LEARNING EXPERIENCE)

Sebelum dekad 1980-an kebanyakan guru, sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah ialah lulusan maktab perguruan. Di tangan mereka, lahir pelajar bestari dan pintar yang berjaya menyambung pengajian hingga ke hujung dunia. Walaupun dengan gaji yang kecil dan dengan kehidupan yang serba sederhana, mereka tetap mengecap kebahagiaan lewat doa para murid dan masyarakat yang tahu menghargai jasa dan pengorbanan cikgu sekolah.

Abu Bakar bin Haji Yacob, seorang guru muda yang bertubuh kecil, tetapi mengajar dengan penuh semangat dan tenaga. Sebagai guru Bahasa Melayu di SMK Seri Perak, Teluk Intan, beliau sangat dikagumi oleh murid dan rakan sejawatan. Rekod cemerlang beliau dalam perkhidmatan diberi pengiktirafan apabila dinaikkan pangkat sebagai guru besar di beberapa buah sekolah kebangsaan.

Sebagai guru yang sentiasa dahaga akan ilmu, Abu Bakar sentiasa mendampingi kuliah pengajian di surau dan masjid. Dalam usia muda, beliau telah menunaikan ibadah haji.

Haji Abu Bakar sangat berbakti kepada ibu bapa dan anak-anak yatim. Beliau telah mengajak ibu bapa yang tinggal di kampung untuk membina rumah di sebelah rumah beliau sendiri. Di samping mudah untuk menjenguk orang tua, Haji Abu Bakar telah mendidik anak-anak beliau tentang hubungan antara generasi.

Walaupun memiliki anak yang ramai, Haji Abu Bakar sangat mengambil berat terhadap anak yatim yang juga anak saudara beliau. Urusan sekolah, pengajian dan nikah kahwin mereka sentiasa dibantu. Beliau sangat sabar melayan kerenah anak yatim yang kehilangan tempat bergantung.

Berkat sifat ikhlas dalam perkhidmatan dan penjagaan anak yatim, anak-anak Haji Abu Bakar sendiri telah menikmati kejayaan dalam hidup masing-masing. Ada yang menjadi jurutera, pakar komputer, pendidik,  pengurus, perunding dan peguam. Anak keempat beliau, Zainul Rijal ialah Presiden, Majlis Peguam Muslim Malaysia.

Dalam usia 70-an, Haji Abu Bakar bin Haji Yacob masih aktif dengan pengajian dan aktif sebagai wakil pengendali pakej umrah, serta pelancongan halal bersama Darul Mubarak Travel and Tours yang berpangkalan di Bota, Perak. Bersekali dengan perjalanan keluarga, Haji Abu Bakar pernah mengunjungi Arab Saudi, Mesir, China, Bangladesh, Pakistan, Jerman, Sepanyol dan Switzerland. Pagi Jumaat yang lalu, Haji Abu Bakar menyusuli pemergian isteri tercinta beliau, Almarhumah Merdu binti Jais, ketika singgah di kota London bersama-sama Zainul Rijal sekeluarga.
tan sri alimuddin bersama guru beliau, almarhum (berkaca mata)

Sesungguhnya Almarhum Ayahanda Haji Abu Bakar bin Yacob bukan sahaja seorang bapa saudara, bahkan seorang mentor yang hebat. Jika mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin bin Mohd Dom masih mengingati almarhum sebagai guru beliau, apatah lagi penulis blog (PB) seisi keluarga. Moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan solihin yang meraih redha-Nya jua, amin...

No comments: