SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 9, 2011

CUTI PANJANG UNTUK MURID (YEAR-END ENGAGEMENT AND TIGHT SCHEDULE)

Seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan memberitahu penulis blog (PB) bahawa hujung tahun paling stres dan meter beban mental dan emosi melonjak. Pelbagai dokumen dan laporan perlu diselesaikan dengan segera. Pembentangan dan mesyuarat di ibu pejabat juga memerlukan persediaan yang rapi.

PB pula membalas bahawa demikian juga bagi guru. Masih banyak yang terlibat dengan tugas peperiksaan dari awal murid bercuti hingga sekolah dibuka semula nanti. Hanya dari segi fizikal, guru tidak ke sekolah, tetapi urusan tidak pernah berkurangan.

Guru pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang tidak menyandang jawatan pentadbiran harus melaksanakan tugas-tugas keguruan yang lain, terutama urusan pentaksiran dan peperiksaan. Paling minimum, guru, khususnya guru PdP sekolah menengah akan terbabit dengan pengawasan SPM dan STPM pada kala ada yang menyangka bahawa guru goyang kaki dan makan gaji buta. Guru lain pula terbabit dengan pelbagai peringkat panel pentaksiran Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tugas peperiksaan diklasifikasikan sebagai sulit dan tidak boleh dihebahkan justeru tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Memang benar tugas-tugas peperiksaan diberikan bayaran tertentu, tetapi perlu dilaksanakan dalam tempoh cuti sekolah dan jadual yang padat. Hakikatnya tugas berkenaan sukar untuk dinilai dengan wang ringgit semata-mata, tetapi perlu kepada pengertian.

Sebahagian guru juga harus sering ke sekolah pada waktu cuti untuk menyusun takwim dan persediaan menyambut pelajar baharu. Sekolah tertentu juga perlu menyediakan pasukan yang bakal bertanding dalam acara sukan, koakademik dan kokurikulum tertentu. Pengambilan jurulatih luar masih perlu kepada pemerhatian pengurusan oleh guru-guru yang diberi tanggungjawab oleh pihak sekolah.


bersambung...

No comments: