SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 18, 2011

FIESTA PELANCONGAN TANJUNG MALIM ALA PASAR MALAM (EDUCATIONAL CITY)

Tanjung Malim ialah bandar dua negeri, dengan sebahagian besarnya berada dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Seri Geriang pula berada dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Semasa bersekolah dahulu, penulis blog (PB) pernah berkunjung ke sana.

Setelah mula menyambung pengajian di sekitar Lembah Kelang, PB hanya melewati Tanjung Malim menerusi  jalan persekutuan yang mengambil masa 4 jam untuk tiba di Kuala Lumpur, atau menerusi Lebuh Raya Utara Selatan yang memakan masa dua jam setengah perjalanan. Pembinaan lebuh raya telah mendekatkan jarak antara Tanjung Malim dengan Kuala Lumpur. Orang Tanjung Malim lebih dekat dengan ibu negara, berbanding dengan ibu negeri sendiri.

Jika Tanjong Rambutan dikenali justeru Hospital Bahagia, maka Tanjong Malim (ejaan asal) pula masyhur kerana sejarah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI, atau SITC) yang dikhususkan untuk guru pelatih Melayu. MPSI telah banyak berjasa kepada perjuangan bangsa dan menjadi batu loncatan tokoh-tokoh ternama seperti Pendeta Za'aba, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh, Prof. Dato' Dr. Sidek Baba dan sebilangan tokoh politik tersohor. MPSI kemudian dinaik taraf sebagai institut kepada IPSI sebelum menjadi universiti (UPSI) yang membuka pintu kepada semua kaum.

Keputusan kerajaan membuka Proton City membuka dimensi baharu kegiatan ekonomi Tanjong Malim. Walaupun perkembangannya sedikit perlahan, sebuah politeknik pengkhususan automatif, iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang dibina sebagai persediaan tenaga industri automatif kemahiran pertengahan dan tinggi. Seterusnya, projek perumahan kos sederhana dan mewah muncul di sana sini.

Pembelian kediaman di Tanjong Malim boleh dianggap sebagai pilihan yang tepat kepada isi rumah yang berhasrat memiliki laman rumah yang lebih luas, serta pemandangan sekeliling yang masih hijau dan suci. Kini, bilangan penduduk Tanjong Malim sanggup berulang alik ke Kuala Lumpur saban hari untuk ke pejabat. Jika mahu mengelak kesesakan, perkhidmatan kereta api laju (ETS) boleh digunakan.

Lalu, apa pula tarikan untuk menggalakkan Tanjong Malim muncul sebagai destinasi pelancongan? Tidak mungkin hanya bergantung kepada sejarah MPSI dan Proton City sahaja. Konsep pelancongan pendidikan dan pelancongan automatif harus dirangkai dengan produk pelancongan yang lebih kreatif.
Fiesta pelancongan Tanjong Malim barangkali atas berupa siri promosi pelancongan dalam negara anjuran pihak berkuasa tempatan seluruh Perak. Sebelum ini, Teluk Intan juga telah selesai dengan fiesta yang serupa. Saling tidak tumpah dari segi konsep dan susun atur.

Sebelum tiba di khemah milik Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) dan pengendali pelancongan yang dilantik, pengunjung tidak ubah melewati pasar malam atau kawasan jualan larut malam uptown. Kelainan yang ada ialah dari segi permainan berbayar untuk kanak-kanak, serta juga gerai Upin dan Ipin. Walaupun hasrat penganjur ialah untuk membantu usahawan kecil dan sederhana tempatan, konsep pelancongan patut diselang seli supaya pengunjung tidak tercari-cari...

No comments: