SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, December 17, 2011

"HARGA SEBUAH LUKISAN" ANTOLOGI BAHARU KOMSAS TINGKATAN 3 (NEW ANTHOLOGY FOR BM FORM 3)

Dengan ketebalan 146 muka surat (bahagian kandungan), 6 muka berhuruf roman (i-v) dan kulit hadapan dan kulit belakang, "Harga Sebuah Lukisan" (HSL) muncul juga. Judul antologi diangkat daripada cerpen ketiga pada muka surat 79 - 89. HSL merangkumi 6 buah puisi tradisional, 6 buah sajak, 4 naskhah prosa tradisional, 5 buah cerpen dan  2 buah skrip drama.
Bagi membantu murid dan guru memahami istilah-istilah sastera yang jarang-jarang digunakan dalam laras bahasa biasa, maka sebanyak 6 muka surat (141 - 146) disediakan sebagai lembaran "Glosari". Bagi menikmati dan menghayati sesebuah karya sastera, murid dan guru perlu banyak bersabar. Sebenarnya terlalu banyak kebijaksanaan dan mutiara pemikiran yang terungkap dalam setiap genre sastera yang dipilih khas oleh panel penilai kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebagai permulaan, perbincangan kali ini akan terus memberi tumpuan kepada cerpen "Harga Sebuah Lukisan" yang menjadi judul antologi. Latar tempat berkisar di SMK Sirusa, Pasir Mas Kelantan. Watak utama, ialah Kamal Hijaz Mustaffa, murid Tingkatan 2 Anggun sebagai protagonis. Watak antagonis ialah Maryati binti Osman, dari kelas yang sama.

bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

Buku ini terdapat masalah kerana mencipta surah yang tidak pernah wujud dalam Al-Quran (suatu penghinaan terhadap Al-Quran). Harap ada 'guru cemerlang' yang memantau hal ini dan membawa ke pihak yang bertanggungjawab kerana ia boleh merosakkan akidah secara tidak langsung.