SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 11, 2011

TUMPANG SEKAKI DENGAN CEUPACS (FRESH GRADUATE TEACHERS AND SBPA)

Setiap kali isu perubahan skim gaji kakitangan awam, maka antara pihak yang lantang bersuara ialah Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs). Berkaitan tawaran opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) yang telah diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pihak Ceupacs meminta supaya kakitangan awam tidak perlu gopoh menurunkan tandatangan sehingga kongres khas kesatuan itu pada 14 - 16 Disember ini di Perlis. Ceupacs mahu mendengar pendapat wakil-wakil gred dan rungutan tentang tempoh bertenang yang begitu singkat justeru banyak kakitangan awam yang masih bercuti hujung tahun.

Umum mengetahui bahawa Ceupacs ialah organisasi induk kesatuan sekerja kakitangan awam yang memiliki akses rundingan terus dengan JPA. Ceupacs menaungi ratusan kesatuan sekerja anggota gabungan, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (KPPK, Nutp). Tuntutan Ceupacs tentang perubahan skim perkhidmatan dan pelarasan emolumen kakitangan awam diambil serius oleh pihak kerajaan.

Kepimpinan Ceupacs dan Nutp dikuasai oleh kumpulan sokongan, dengan beberapa pengecualian di peringkat negeri dan daerah. Justeru tidak hairan bahawa suara Ceupacs dan Nutp lebih menjurus kepada kumpulan berkenaan. Misalnya, dalam pelarasan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan menerima perubahan hingga 35 peratus, berbanding dengan kumpulan siswazah yang hanya menikmati sejumlah 15 peratus.

Guru siswazah bekas latihan maktab kecewa apabila gaji rakan mereka yang tidak melanjutkan pengajian menjadi lebih tinggi buat seketika. Selanjutnya, guru siswazah terus (fresh graduate) pula mendapati bahawa dalam urusan naik pangkat, mereka agak ketinggalan walaupun bertahun-tahun menamatkan pengajian lebih awal daripada guru siswazah lepasan maktab (ex-PPLD). Misalnya, guru siswazah terus 1989 diatasi oleh guru bekas PPLD yang tamat pengajian universiti pada tahun 1995.

Kedudukan di sekolah rendah lebih unik apabila kemasukan besar-besaran guru siswazah terus dan guru siswazah bekas PPLD. Setakat ini Majlis Guru Besar (MGB) berjaya mempertahankan status quo, iaitu jawatan pentadbiran diteruskan oleh penyandang sedia ada. Bagi guru besar yang menjalani proses pensiswazahan, mereka hanya memerlukan tempoh 3 tahun untuk berpindah ke gred DG44 (DG2-2).

Gambaran berkenaan bukan bermakna bahawa wujud perasaan iri atau berasa tersisih. Hakikatnya, prinsip emolumen yang saksama dan telus perlu mendapat perhatian. Bakat-bakat terbaik perkhidmatan awam harus dipertimbangkan ganjaran yang setimpal.

Dalam tempoh yang tidak begitu lama lagi, bilangan guru siswazah bakal membentuk lebih dua per tiga bilangan guru sekolah. Adakah kesatuan guru seperti Nutp, KGGMB, Kongres dan lain-lain masih kekal dengan status quo? Adakah juga nasib guru siswazah terus masih seperti dahulu?

Begitu juga dengan guru siswazah yang memiliki kelayakan ijazah tinggi, iaitu sarjana dan doktor falsafah. Setakat ini, tiada kelebihan yang ketara buat mereka, sama ada dari segi emolumen dan pertimbangan naik pangkat. Pihak Ceupacs dan Nutp hendaknya mengambil kira perkara itu...

1 comment:

Anonymous said...

sangat setuju. nampaknya sbpa ditolak ceupacs sbb sebhgn kumpulan sokongan tak puas hati.. bersyukulah..dgn rezeki Allah..