SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 12, 2011

DIRGAHAYU TUANKU ABDUL HALIM, YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 (CONSTITUTIONAL MONARCHY IN MALAYSIA)

Penggal pemerintahan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, 49 sebagai DYMM Yang di-Pertuan Agong ke-13 yang bermula pada 13 Disember 2006 tamat dengan cemerlang. Baginda ialah raja pertama dalam kalangan generasi pascamerdeka menyandang kedudukan tertinggi negara itu. Upacara keberangkatan pulang ke Istana Maziah, Kuala Terengganu berlangsung dengan penuh istiadat.
DYMM Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah

Tuanku Mizan juga dikenali sebagai atlet ekuestrian yang handal. Baginda sanggup mencemar duli untuk menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa acara sukan berkenaan. Secara peribadi, penulis blog (PB) pernah bertemu Tuanku Mizan sekeluarga di Hotel Hilton, Makkah al-Mukarramah pada bulan Disember 2007. 

Kini, Malaysia memiliki Yang Di-Pertuan Agong ke-14, Seri Paduka baginda AlMu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah. Baginda yang mencecah usia 84 tahun dimasyhurkan berdasarkan sistem giliran dan keputusan Majlis Raja-raja Melayu. Baginda juga mencatat sejarah sebagai raja Melayu pertama dilantik buat kali kedua menaiki takhta istana negara.
DYMM Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah

Tuanku Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Pendidikan awal baginda ialah di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid. Seterusnya, baginda ke Wadham College, Oxford untuk mendalami bidang sains kemasyarakatan dan pentadbiran awam.

Baginda bertemu jodoh dengan puteri Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhumah Tuanku Bahiyah pada tahun 1956 di Istana Seri Menanti. Baginda berdua bersemayam di istana negara mulai 21 September 1970 hingga tamat penggal lima tahun. Kali ini, Raja Permaisuri Agong yang bakal mendampingi baginda ialah Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun yang berasal dari Bagan Serai, Perak. 

Almarhumah Tuanku Bahiyah mangkat pada 26 Ogos 2003 di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit. Pasangan diraja berkenaan memperoleh 3 orang puteri, tetapi seorang daripadanya telah mangkat. Perkahwinan Tuanku Abdul Halim dengan Tuanku Haminah berlangsung pada 25 Disember 1975.

Institusi Yang Di-Pertuan Agong ialah pemerintah negara yang menjadi tonggak sistem raja berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia. Semua urusan negara dijalankan atas nama baginda, termasuk pelantikan kakitangan awam. Kuasa-kuasa khas Yang Di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan sangat penting, walaupun urusan pentadbiran negara disandang oleh eksekutif (jemaah menteri yang dikuasai oleh parti politik yang memenangi pilihan raya umum) dengan doktrin pemisahan kuasa cabang legislatif (perundangan) dan kehakiman (judiciary)...

No comments: