SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 13, 2011

PANGGILAN PALSU JENAYAH SERIUS (THE OLD VERSION OF SCAM AND SPOOF)

Kejadian perkhidmatan kereta api laju (ETS) tergendala selama enam jam gara-gara panggilan bom palsu telah menyusahkan banyak pihak. Syarikat Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendakwa telah mengalami kerugian sebanyak RM500,000, manakala pihak unit pengesan bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menanggung kos yang tinggi dari segi sumber masa dan tenaga kepakaran mereka. Para penumpang tersadai di stesen kereta api Ipoh pula sudah tentu berasa bengang justeru urusan mereka di Kuala Lumpur terpaksa dijadual semula.

Kes berkenaan telah mula disebut di mahkamah. Keputusan kes berkenaan dijangka menjadi duluan kepada kes-kes yang serupa pada masa hadapan. Panggilan palsu bukanlah seperti panggilan hangit Hot.fm yang bertujuan jenaka mengenakan orang, kemudian diberi hadiah bernilai RM300.

Pihak yang yang paling kerap menerima panggilan palsu ialah pasukan bomba dan pasukan polis. Walaupun pengesahan identiti pemanggil dikehendaki, maklumat tipu masih diberi. Kanak-kanak dan orang yang tiada kerja sering terbabit membuat panggilan telefon palsu.

Memandangkan sistem komunikasi dapat mengesan nombor pemanggil dan merakam suara mereka, maka pemanggil biasanya menggunakan telefon awam dan menukar suara mereka menerusi pelbagai cara. Misalnya, menggunakan sapu tangan sebagai penapis suara. Namun, pemanggil palsu lupa bahawa teknologi pengesanan suara kini makin canggih, justeru analisis umpama DNA dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

Pakar forensik komunikasi boleh membuat pengecaman suara sambil dibantu oleh kamera litar tertutup (cctv) yang kini dipasang di tempat-tempat strategik di bawah program NKRA bandar selamat. Pemanggil palsu yang sudah berasa seronok mengenakan orang akan mengulangi perbuatan mereka. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

Panggilan palsu bukan sahaja ditujukan kepada organisasi bantuan kecemasan, malah kepada individu untuk tujuan ancaman, ugutan jenayah dan penipuan urus niaga. Si pemanggil akan menyamar sebagai personel tertentu untuk meyakinkan mangsa. Apabila mangsa mula percaya, pemanggil akan terus licik melakukan tipu daya yang sangat kejam.

Masyarakat boleh diberi pendedahan tentang keburukan membuat panggilan palsu. Perbuatan itu mesti dihentikan bukan sahaja kerana menyusahkan pelbagai pihak, tetapi merupakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Kegagalan menahan diri daripada terbabit dengan lawak bodoh itu mungkin sekali berakhir di penjara dan sekolah tahanan budak jahat.

Masalah yang lebih serius ialah kerana masyarakat sendiri yang menjadi mangsa panggilan palsu. Modus operandi sindiket memperdaya orang ramai menerusi panggilan palsu telah berleluasa di serata dunia. Maka, bukan sahaja kesedaran masyarakat perlu ditekankan, bahkan mekanisme tuntas mencegah jenayah panggilan palsu terancang perlu direka bentuk dengan segera...

No comments: