SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 11, 2011

ATMA, IPU DAN TSB DI UKM (UNDERGRADUATE LEADERSHIP)

Pada zaman penulis blog (PB) mendaftar diri sebagai mahasiswa fakulti ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan yang sedang menguasai Persatuan Mahasiswa (PMUKM) ialah Tindakan Siswa Bersatu (TSB). Mereka memenangi kebanyakan kerusi umum (8 daripada 9) dan kebanyakan kerusi fakulti, kecuali pengajian Islam, perubatan dan sains. Presiden PMUKM kemudian menyertai politik sebuah negeri dan menyandang jawatan exco.

Atma, iaitu Angkatan Tindakan Mahasiswa pula dikatakan banyak menerima pengaruh Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Pada tahun berikut dan seterusnya Atma berjaya merampas kembali PMUKM menerusi kemenangan cemerlang menguasai majlis perwakilan pelajar. Isu Anwar Ibrahim menyertai Umno menyebabkan muncul pula kumpulan IPU (Islam Penyelamat Ummah) yang dilihat mirip aliran bukan Umno.

Namun, sukar untuk membuat kesimpulan tentang perkaitan antara gerakan mahasiswa dengan parti politik berdaftar dalam pilihan raya kebangsaan. Terdapat orang kuat TSB yang menyertai pembangkang, manakala orang kuat Atma dan IPU pula sebaliknya. Pendek kata, pertembungan gerakan mahasiswa lebih menjurus kepada proses menggilap kepimpinan sebelum tamat pengajian.

Kubu kuat TSB ialah fakulti ekonomi, fakulti pengurusan perniagaan dan fakulti undang-undang. Di peringkat kolej kediaman, TSB menguasai komsis A (Tun Hussien Onn) dan komsis C (Ungku Omar). TSB menghadapi kesukaran untuk menawan komsis B, D dan E ketika itu.

TSB dikatakan banyak menerima pengaruh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), walaupun di peringkat belia, hubungan Abim dengan GPMS sangat erat. Maka, pertembungan di peringkat kampus bukan bererti kedua-dua kumpulan mahasiswa tidak boleh bertentang mata. Bahkan, hubungan peribadi penyokong Atma dan TSB tiada sebarang masalah, kecuali apabila tiba musim pilihan raya kampus apabila masing-masing sibuk dengan kempen dan perang saraf.

Kemunculan IPU menyebabkan Atma berehat daripada tampuk kepimpinan mahasiswa. TSB menghadapi saingan sengit IPU yang lebih bersifat ideologikal. Kumpulan IPU berjaya menguasai PMUKM buat beberapa tahun, dan sesekali berjaya dirampas oleh TSB. 

Kini, kumpulan politik mahasiswa bertukar jenama lagi. TSB bergabung dalam kumpulan proaspirasi, manakala kumpulan Atma dan IPU dilihat lebih cenderung kepada gerakan promahasiswa. Sama ada tulen atau tidak, begitulah label yang diberikan oleh media arus perdana dan media baharu.

Mahasiswa di Malaysia berusia dalam lingkungan 18 hingga 22 tahun, kecuali kumpulan yang melanjutkan pengajian dalam usia lewat. Pertembungan politik kampus dalam kalangan pelajar universiti ialah fasa perkembangan yang sihat. Malah, mereka yang aktif dalam gerakan mahasiswa telah mencatat pencapaian akademik yang cemerlang sehingga berjaya menduduki kerusi naib canselor di beberapa buah universiti awam tempatan...

No comments: