SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, December 14, 2011

BAIK BURUK PENCEN 60 TAHUN (PERSPECTIVE OF JOB)

Terkini, usia persaraan kakitangan swasta juga dilanjutkan hingga mencapai usia 60 tahun, sama seperti tawaran opsyen SBPA untuk kakitangan awam. Umur persaraan yang dimaksudkan ialah apabila seseorang kakitangan itu menyambut ulang tahun hali lahir ke-60. Dalam kata lain, tarikh mula bersara ialah sebaik sahaja seseorang pekerja mengakhiri usia 59 tahun.

Perkara ini mungkin baru di Malaysia, tetapi sudah menjadi perkara biasa di negara-negara maju. Malah, dalam perkhidmatan tertentu seperti kehakiman, akademia dan perkhidmatan kritikal, usia persaraan boleh disambung hingga mencecah 65 tahun. Peruntukan sedemikian juga terpakai di negara kita.

Pelbagai hujah dialektik dapat diberi tentang tawaran opsyen usia persaraan 60 tahun ini. Sudut pandangannya juga akan berbeza, iaitu sama ada hujah penyandang jawatan, hujah golongan yang belum bekerja (penganggur), majikan, orang awam, penyelidik dan pakar kesihatan. Natijah segera yang berlaku ialah takrif warga emas kini berganjak kepada angka 60 tahun, bukan lagi 55 tahun seperti sebelumnya.

Hujah penyandang jawatan

Masih dalam pertimbangan. Mudah-mudahan panjang umur murah rezeki

Hujah penganggur

Tidak baik untuk kami, peluang kami untuk melamar kerja makin sempit.

Hujah majikan

Tidak kisah, asal daya pengeluaran dan kecekapan masih tinggi.

Hujah orang awam

Takkan sampai bertongkat mahu kerja, nampakkah skrin komputer?

Hujah penyelidik

Err... sedang membuat reka bentuk kajian...

Hujah pakar kesihatan

jika anda ingin memberi pandangan, sila klik comment di bawah...

No comments: